Itu heli kerajaan, PM boleh pakai: Anwar

August 5, 2023 · Politik

Selepas dikritik menggunakan aset kerajaan untuk tujuan berkempen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan helikopter semasa menghadiri program di Jeneri dan Kupang malam tadi.

Perdana Menteri itu berkata helikopter itu adalah milik kerajaan dan seseorang yang menjadi ketua kerajaan boleh menggunakannya, ia sebagai respon terhadap kritikan terhadapnya kerana menggunakan aset kerajaan untuk tujuan politik.

“Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?

“Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, Perdana Menteri boleh pakai,” katanya ketika berucap pada majlis Segalanya FELDA di FELDA Felda Teloi Timur semalam.

Tindakan menggunakan helikopter berkenaan turut mendapat kritikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ceramah kempennya apabila menganggap Anwar sepatutnya boleh menggunakan kenderaan darat lain.

Menjawab kritikan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, beliau berhak menggunakan kemudahan itu berikutan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam program itu, Perdana Menteri menaiki helikopter jenis AgustaWestland AW139 dengan nombor pesawat 9M-JPM yang dikatakan dibeli kerajaan ketika bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mentadbir negara.

Pesawat itu digunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) khusus untuk kegunaan pimpinan utama negara sejak dua tahun lalu, apabila ia mula dijejaki sejak September 2021.

Selain helikopter dinaiki Anwar, dua lagi helikopter turut dilihat mendarat di padang awam berhampiran lokasi majlis itu berlangsung.

Kawasan FELDA Teloi Timur adalah di bawah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri yang akan dilertahankan penyandangnya, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Untuk rekod beliau menang pertama kali kerusi itu pada 2018 dan akan berhadapan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Berita berkaitan
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
20 jam lalu· Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
18 minit lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok