Proses penamaan calon PRK Pulai dan Simpang Jeram berjalan lancar: Polis

August 26, 2023 · Politik

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pagi ini, berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dilaporkan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, dan Muar, yang turut dihadiri ribuan penyokong beberapa parti politik, turut dilaporkan dalam keadaan tenang serta terkawal, menurut laporan Bernama.

“Pemantauan pihak polis dari bilik gerakan menunjukkan keadaan tenang dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada proses penamaan calon Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan para calon, penyokong serta pemimpin parti politik agar terus mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan, terutama ketika berkempen.

Selain itu, beliau turut memberi amaran keras supaya semua pihak tidak menyentuh perkara berkaitan 3R (isu agama, raja dan kaum) ketika berkempen dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ingkar.

Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

“Dalam tempoh berkempen ini mohonlah permit. Insya-Allah, kita akan berikan jawapan dan berikan kebenaran, jadi ikutlah peraturan yang telah ditetapkan,” katanya

PRK Parlimen Pulai dan Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK itu pada 9 Sept manakala pengundian awal pada 5 Sept.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023· Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok