Hadiri mesyuarat di KL, Sanusi minta maaf tak hadir ceramah di Kedah

August 7, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf atas ketidakhadirannya dalam dua program ceramah berturut-turut.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata kesibukan menghadiri beberapa mesyuarat di ibu negara menyebabkan beberapa program ceramah yang dijadualkan sekitar Kedah terpaksa dibatalkan.

Menurutnya, ia tiada kaitan dengan spekulasi mendakwa dirinya ‘direhatkan’ oleh kepimpinan PAS Pusat gara-gara kelantangannya dalam kempen pilihan raya negeri (PRN).

“Saya perlu hadir mesyuarat PAS Pusat dan beberapa mesyuarat lain di Kuala Lumpur. Saya pergi dengan kereta dan balik sampai lewat, sudah tentu tidak dapat hadir program yang sepatutnya saya dijadualkan hadir. Mana boleh, kena rehatlah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Muhammad Sanusi juga menolak andaian pihak-pihak tertentu yang mendakwa beliau mengurangkan aktiviti kempennya disebabkan terdapat ugutan mahu pun diberikan arahan mengunci mulut sehingga hari mengundi.

“Semua dakwaan itu adalah tidak benar,” katanya.

Semalam, Muhammad Sanusi tidak hadir ke Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) bersama MB Kedah di Taman Ria.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilaporkan tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama Panglima Perang PN di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai pada Sabtu sebelum tular kononnya beliau ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan berita yang mengatakan Muhammad Sanusi ditahan atau dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Maaf tak dapat hadir (ceramah). Insya-Allah kita akan bertemu lagi. Kepada semua rakan dalam parti, kuatkan lagi kerja untuk menarik lebih ramai pengundi PN.

“Jangan lupa bermunajat kepada ALLAH SWT. Insya-Allah, kita akan sama-sama bertakbir dan bertasbih atas kemenangan kita pada 12 Ogos nanti,” jelas Muhammad Sanusi.

Berita berkaitan
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok