Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan

October 17, 2022 · Politik

Veteran UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim berpendapat Presiden partinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sewajarnya mengadakan rundingan sulit dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, jika benar-benar berlaku.

Ketua UMNO Bahagian Arau itu berkata perbuatan itu sudah pasti membelakangi pendirian dan keputusan yang telah dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini iaitu ‘No Anwar, No DAP’, sekiranga benar-benar berlaku.

Dalam masa sama, beliau mengesahkan hubungan sulit berkenaan tidak berlaku pada peringkat UMNO Bahagian Arau.

“Yang (hubungan sulit UMNO-PKR) itu saya tidak tahu, untuk peringkat bahagian (Arau), saya (sahkan) tidak ada dan peringkat (Perhubungan UMNO) negeri (Perlis)… peringkat (UMNO) Pusat juga saya tidak tahu.

“Tetapi kalau ada rundingan sulit, itu tidak wajar berlaku sebab apa dalam Perhimpunan Agung UMNO, (pendirian) yang dibuat sebelum ini, kita telah buat keputusan No Anwar, No DAP,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Arau di Dewan Sivik Arau, semalam (16 Oktober 2022), menurut Awani.

Pada 14 Oktober lalu, Agenda Daily melaporkan, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan cikgunya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perbincangan sulit berhubung PRU-15 akan datang.

Wan Saiful berkata beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Beliau mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Shahidan sebelum ini adalah antara beberapa pemimpin UMNO lain yang dilihat bersikap kritis terhadap Zahid, namun menjelang PRU-15 ini beliau masih berharap dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada PRU-15 nanti, yang dimenanginya sejak 5 Mei 2013.

Bekas Menteri Besar Perlis dari 1995 hingga 2008 itu kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet kerajaan pimpinan Ismail Sabri,

Kelmarin (15 Oktober 2022), Shahidan menegur pimpinan tertinggi UMNO dan BN supaya tidak meletakkan calon sembarangan bertanding di kerusi boleh menang pada PRU-15 nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok