Cabaran rasuah siber menerusi wang kripto perlu segera ditangani

August 6, 2021 · Isu semasa

Faktor rasuah sering dikaitkan dengan gaji, peluang dan dasar. Rasuah ialah sinonim dengan hadiah. Bezanya, hadiah mungkin diberikan kepada seseorang atas rasa keikhlasan yang sebenarnya.

Manakala rasuah dilihat sebagai ganjaran sesuatu ataupun mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian. Ada juga yang beranggapan rasuah ialah wang sogokan atau duit kopi.

Ada juga rasuah yang berbentuk material atau lebih mudah disebut sebagai hadiah, tetapi hadiah yang bermaksud ada hasil pulangannya.

Namun kini lebih membimbangkan ialah aktiviti rasuah melalui mata wang kripto atau mata wang digital. Aktiviti semakin menyukarkan pihak berkuasa kerana dijalankan tanpa bukti transaksi forensik digital dan kebanyakannya digunakan dalam pasaran gelap.

Urus niaga mata wang kripto tidak dikawal selia oleh bank pusat atau agensi penyelia kewangan yang dilantik, sekali gus meletakkan pengguna dalam risiko yang besar tanpa disedari.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, mata wang ini adalah berbentuk mata wang maya dan ia digelar kripto kerana pengaliran wang berkenaan menggunakan kaedah kriptografi yang merupakan sebahagian daripada kepenggunaan teknologi blockchain.

Beliau berkata, mata wang maya ini digunakan secara meluas dalam pasaran gelap termasuk penjualan senjata api memandangkan pihak berkuasa sukar untuk menjejaki forensik digital antara dua pihak.

“Ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk menjejak transaksi yang dibuat menerusi mata wang maya. Oleh itu, mata wang jenis ini menjadi pilihan bagi kegiatan jenayah, penjualan atau pembelian barang terlarang seperti senjata api dan dadah.

“Lebih membimbangkan apabila penyaluran wang dana kepada organisasi pengganas turut menggunakan medium sama dan ia memberi isyarat jelas bahawa platform mata wang maya ini memberi implikasi negatif yang sangat besar berbanding sudut positif,” katanya.

Bagi landskap di negara ini, Siraj berkata, hanya wang dikeluarkan dan dikawal Akta Bank Negara Malaysia (BNM) 2009 dan Bahagian III Akta BNM 1958 yang diiktiraf.

Katanya, berdasarkan Seksyen 20 BNM 1958 pula menyatakan bahawa hanya BNM boleh mengeluarkan mata wang di Malaysia dan sebarang bentuk mata wang yang dikeluarkan pihak lain adalah tidak sah.

“Platform ini juga jika diterima kerajaan akan meningkatkan kadar rasuah. Bagaimana pihak berkuasa mahu menyiasat transaksi rasuah jika ia dilakukan dalam bentuk mata wang kripto. Siasatan untuk menemui bukti transaksi forensik boleh dikatakan sebagai mustahil,” katanya.

Menurutnya, bentuk mata wang ini mempunyai lebih banyak mudarat daripada aspek positif dan MCCA mengharapkan supaya satu bentuk kajian menyeluruh membabitkan semua pihak berkepentingan perlu dilaksanakan termasuk agensi penguatkuasaan undang-undang.

Tambahnya, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu cepat dalam melaksanakan akta berkaitan rasuah siber kerana polisi yang ada belum jelas.

Sistem yang jelas boleh membantu SPRM menyiasat dan melakukan penahanan sama seperti beberapa kes penahanan pegawai-pegawai imigresen yang terlibat mendapatkan perakuan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar dari negara.

“Rasuah siber berbeza daripada jenayah siber. Jenayah siber terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain.

“Pun begitu, kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.

“Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Ini termasuklah wang kripto yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,” jelasnya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok