Bursa Malaysia lemah, lautan merah selepas banyak kaunter alami kerugian

June 13, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam wilayah negatif untuk hari kelapan berturut-turut dengan indeks petunjuk utama susut 1.95 peratus dengan sentimen pasaran terus diasak oleh aktiviti jualan ketara dan seiring prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Lebih membimbangkan apabila papan utama bursa menjadi lautan merah selepas hampir lebih 1,000 kaunter mengalami kerugian susulan jualan besar-besaran sehingga menjejaskan saham mewah dan kecil hari ini.

Pada 5 petang ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 29.12 mata kepada 1,464.83 daripada 1,493.95 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, lapor Bernama.

Indeks terbabit dibuka susut 10.19 mata kepada 1,483.76 yang juga paras tertinggi harian namun mencecah paras terendah setakat tahun ini pada 1,458.85 pada sesi dagangan tengah hari.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 1,084 berbanding 138 manakala 253 kaunter lain tidak berubah, 799 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.27 bilion unit bernilai RM2.26 bilion berbanding 2.26 bilion unit bernilai RM1.69 bilion pada Jumaat.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI telah melepasi beberapa paras sokongan dalam tempoh dagangan dua minggu lepas dan mencecah paras terendah setakat tahun ini pada hari ini, seiring dengan kelemahan serantau selain turut dipengaruhi oleh kejatuhan mendadak semalaman di Wall Street.

“Sentimen pasaran kekal tidak menentu akibat ketidakpastian dan risiko pasaran global yang terus ketara.

“Bagaimanapun, kami percaya pasaran menyaksikan jualan berlebihan, sekali gus memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan saham-saham pada paras lebih menarik berikutan nilainya yang rendah,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata prestasi indeks pasaran utama serantau juga rendah akibat kejutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS akan bertindak memperketat langkah monetari sedia ada.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura berkurangan 1.33 peratus kepada 3,139.35, Nikkei 225 Jepun merosot 3.01 peratus kepada 26,987.44, Hang Seng Hong Kong turun 3.39 peratus kepada 21,067.58 manakala Indeks Komposit SSE China menguncup 0.89 peratus kepada 3,225.55.

Di peringkat tempatan, saham-saham wajaran tinggi seperti Maybank susut tujuh sen kepada RM8.68, Public Bank turun lima sen kepada RM4.48, IHH Healthcare merosot 23 sen kepada RM6.22, Petronas Chemicals kehilangan 14 sen kepada RM9.56 manakala CIMB rugi 11 sen kepada RM4.93.

Bagi saham aktif pula, Fintech turun setengah sen kepada satu sen, Top Glove susut 10 sen kepada RM1.03 manakala Sapura Energy dan BCM masing-masing berkurangan kepada lima sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas kehilangan 256.45 mata kepada 10,477.20, Indeks FBM Emas Shariah susut 316.59 mata kepada 10,680.65, FBM 70 merosot 433.96 mata kepada 12,679.62, FBM ACE turun 217.70 mata kepada 4,916.66 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 236.96 mata kepada 10,192.39.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 240.22 mata kepada 16,179.91, Indeks Perladangan menguncup 213.74 mata kepada 7,382.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 4.51 mata kepada 188.82.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada kepada 1.83 bilion saham bernilai RM2.02 bilion daripada 1.35 bilion saham bernilai RM1.47 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran bertambah kepada 673.16 juta unit bernilai RM96.12 juta berbanding 400.01 juta unit bernilai RM65.98 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 759.65 juta saham bernilai RM144.19 juta daripada 509.05 juta saham bernilai RM158.21 juta pada Jumaat lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 256.81 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian sebanyak 474.09 juta, pembinaan (89.29 juta), teknologi (233.91 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (77.37 juta), hartanah (169.32 juta), perladangan (62.65 juta), REIT (10.93 juta), dana/tertutup (10,000), tenaga (242.46 juta), penjagaan kesihatan (126.32 juta), telekomunikasi dan media (31.49 juta), pengangkutan dan logistik (29.82 juta) serta utiliti (26.84 juta).

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok