Bubble tea, minuman popular yang sihat atau mudarat?

June 19, 2021 · Isu semasa

TEH mutiara atau ‘bubble tea’ semakin menjadi kegilaan di negara ini selepas ia menjadi satu fenomena.

Bukan sahaja rasanya enak, bebola hitam kenyal yang disedut bersama minuman pelbagai perisa tersebut menambah keenakan produk ini yang berasal dari luar negara ini.

Kini, pelbagai jenama minuman ‘bubble tea’ muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran. Walaupun rasanya sedap tetapi yang menjadi persoalan ialah kadar gula yang berbahaya dalam minuman itu sendiri.

Selain itu, pernahkah anda bertanya sama ada ia selamat untuk diminum dan tidak memudaratkan kesihatan?

Menurut  Pakar Pemakanan Hospital Pantai Pulau Pinang,  Yen Ying, untuk secawan minuman teh susu bubble atau bubble milk tea 500 milimeter (ml) tanpa campuran bahan-bahan tambahan lain didapati mengandungi sekitar 30 hingga  40 gram gula.

“Ia adalah bersamaan kira-kira enam hingga lapan sudu teh gula tebu setiap cawan, kandungan gula yang tinggi dalam segelas minuman ini cukup membimbangkan. Selama bertahun-tahun, minuman teh susu bubble asli makin berkembang dan diinovasikan dengan menawarkan pelbagai pilihan dan kombinasi terbaru.

“Bahan-bahan campuran bersama minuman adalah seperti jeli, puding dan ‘pearl’ (atau lebih dikenali sebagai – ‘boba’) juga biasanya disediakan mengikut kehendak pembeli. Tambahan ‘topping’ inilah yang meningkatkan lagi kandungan gula dan juga kalori dalam minuman yang disediakan,” jelasnya.

Mengulas sama ada  minuman  ini sihat kerana berasaskan teh, Yen Ying memberitahu, bubble teh  yang disediakan menggunakan teh hitam atau hijau adalah baik untuk kesihatan kerana kandungan polifenol yang yang terdiri daripada anti-oksidan, anti-radang dan anti-karsinogenik.

“Bubble milk tea juga sentiasa dianggap ‘sihat’ kerana kebanyakannya berasaskan teh. Walau bagaimanapun, teh yang asalnya teh biasa  ini dicampurkan pula dengan bahan-bahan diproses seperti boba bubble, pewarna, sirap, perasa tiruan dan banyak lagi. Secawan bubble teh mempunyai 350 hingga 500 kalori bergantung kepada jumlah dan jenis bahan-bahan yang ditambah,” jelasnya.

Tambah beliau, terdapat pelbagai cara untuk membuat teh susu bubble menjadi lebih sihat. Contohnya meminta susu rendah lemak sebagai alternatif untuk susu pekat atau krimer bukan tenusu, tidak memilih ‘topping’ tambahan seperti bubble dan jeli. Juga, memilih buah-buahan segar dan bukannya sirap buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan gula pada masa yang sama meningkatkan sistem imun anda dengan vitamin C.

“Walaupun teh itu sendiri boleh memberi manfaat kepada kesihatan, teh susu atau bubble milk tea biasanya tidak berkhasiat. Teh susu sering ditambah dengan krimer bukan tenusu dan susu pekat manis untuk tekstur berkrim. Kedua-dua bahan-bahan yang tinggi lemak tepu, menyebabkan peningkatan paras kolesterol.

“Hanya sirap buah-buahan yang lebih tinggi kandungan gula banyak digunakan dan bukannya buah-buahan segar kerana ia pasti melibatkan kos tinggi. Selain itu, bahan-bahan tambahan seperti bubble dan jeli biasanya pasti disertai dengan bahan tambahan dan pewarna,” ujarnya,

Dalam pada itu, kajian mendapati the susu bubble  dicadangkan tergolong sebagai salah satu daripada minuman manis bergula (SSB) kerana kandungan gula dan kalorinya yang tinggi. Jika ninuman ini menambah jumlah pengambilan kalori, sudan tentu akan menyebabkan pertambahan berat badan yang tidak diingini.

Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada  masalah obesiti, kencing manis, gout dan dyslipidaemia. Minuman berasaskan teh ini tidak memberikan kandungan apa-apa vitamin dan mineral kerana kandungan  gula dan kalori yang  terlalu tinggi. Buat yang sedang menjaga pemakanan harian anda, minuman ini tidak boleh menjadi sebahagian tetap daripada diet anda, seperti mana-mana minuman manis bergula lain.

“Walaupun ini bubble boba ini sedikit kenyal tidak menimbulkan sebarang risiko kimia, kita tidak harus mengabaikan kesan gula yang tinggi dan kalori kandungan dalam bubble ini pada kesihatan. Pengambilan segelas minuman ini ternyata kurang baik untuk kesihatan badan tetapi buat penggemar minuman ini, dicadangkan cuba kurangkan kekerapan mengamalkan minuman ini. Sederhana sentiasa kunci kepada kesihatan,” katanya.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok