Bon Odori boleh jerumuskan kepada amalan syirik: Mufti Pulau Pinang

June 8, 2022 · Isu semasa

Penyertaan umat Islam di dalam festival Jepun – Bon Odori – boleh menjerumuskan mereka kepada pelaksanaan amalan syirik, tegas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya tidak mengambil bahagian dalam festival yang dirancang 17 Julai depan di Shah Alam, Selangor.

“Umat Islam dinasihatkan supaya sentiasa memelihara kesucian akidah Islam mereka dengan mengelak daripada terlibat dalam perayaan seperti itu.

“Memandangkan perayaan itu dikaitkan dengan mengingati roh atau roh nenek moyang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Umat ​​Islam hendaklah sentiasa memelihara kesucian akidah Islamnya.

“Mengingati roh nenek moyang dengan menari, menyembah roh dan lain-lain adalah tidak digalakkan dalam Islam, malah dikhuatiri akan terjerumus ke dalam dosa syirik kepada Allah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati festival itu memang ada unsur-unsur keagamaan.

“Jadi kami nasihatkan orang Islam tidak menyertainya atau apa-apa juga program yang membabitkan soal agama serta akidah,” kata Idris.

Poster promosi penganjuran festival itu juga memaparkan imej animasi wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Ketua Menteri Pulau Pinang akan saman ahli perniagaan selepas dikritik ‘tak cekap’
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok