BNS sambung semula projek LCS selepas kerajaan tandatangan perjanjian baharu

May 27, 2023 · Isu semasa

Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan menyambung semula projek kapal tempur pesisir (LCS) yang telah lama terhenti.

Walaupun berdepan kontroversi kerana masih tiada kapal yang berjaya disiapkan namun kerajaan dilaporkan sudah menandatangani perjanjian baharu dengan BNS, menurut pengumuman syarikat induk Boustead Holding kepada Bursa Malaysia semalam.

Menurut pengumuman itu, kontrak tambahan keenam yang ditandatangani memerlukan anak syarikatnya BNS untuk menghantar lima LCS dan bukannya enam kapal.

Jumlah harga kontrak telah disemak kepada RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion sebelum ini. Kerajaan telah pun mengeluarkan RM6 bilion.

Pengerusi Boustead Holdings, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman berkata perjanjian tersebut terhasil daripada semakan menyeluruh terhadap pelbagai pilihan dan semua aspek projek oleh syarikat dan kerajaan.

“Di bawah perjanjian baru ini, pelbagai langkah pencegahan telah dilaksanakan bagi memastikan kapal-kapal itu dihantar tepat pada masanya dan mengikut bajet yang diperuntukkan.

“Ini termasuk pembentukan jawatankuasa pemantauan projek yang dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan, bagi memantapkan pelaksanaan dan penyeliaan penyampaian projek sekaligus memastikan kegagalan masa lalu tidak berulang,” kata Nazim dipetik laporan Malaysiakini.

Jelasnya, pengurusan baahar telah diletakkan di BNS, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC), Boustead Holdings at Armed Forces Fund Board (LTAT) yang membolehkan syarikat dan pemegang sahamnya membuat penilaian objektif terhadap projek itu dan cara terbaik bergerak ke hadapan untuk menyelesaikan penghantaran kapal-kapal itu.

Projek LCS bermula pada 2013 tetapi selepas RM6 bilion dibelanjakan, BNS telah terlepas tarikh akhir 2019 untuk menghantar kapal pertama.

Sehingga tahun lepas, pembinaan kapal keenam masih belum dimulakan dan tiada satu pun kapal telah mencapai kemajuan melebihi tahap 50 peratus.

Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai perkara itu mendedahkan bahawa keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk projek tersebut telah diabaikan oleh kerajaan dan usaha wajar pula gagal mengesan masalah kewangan BNS.

Berita berkaitan
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu· Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
21 minit lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok