Bilal pula mohon maaf azan awal

April 7, 2022 · Isu semasa

Bilai Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai, dipercayai melaungkan azan Maghrib lebih awal empat minit daripada waktunya semalam sehingga kejadian itu tular di media sosial.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai, Armin Azahari Mamat berkata, ketika kejadian bilal berkenaan tidak menyedari bahawa beliau telah melaungkan azan Maghrib pada jam 7.17 malam menyebabkan segelintir penduduk percaya telah masuk waktu berbuka puasa, lapor Bernama.

“Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru, beliau berkata mengikut hukum syarak, penduduk di sekitar kawasan itu yang telah berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasanya dikira terbatal dan wajib digantikan selepas berakhirnya Ramadan nanti.

Semalam tular di media sosial yang mengatakan penduduk di sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan Maghrib yang menandakan waktu berbuka puasa berkumandang lebih awal daripada waktu sebenarnya.

Mengulas lanjut, Armin menasihati semua anggota masyarakat supaya peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak bergantung semata-mata kepada alunan azan yang berkumandang di masjid, surau mahupun stesen televisyen atau radio.

Ahad lalu, penyampai radio Tawau FM memohon maaf selepas menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal menyebabkan ada penduduk yang berbuka puasa.

Susulan itu, beliau memohon maaf menerusi pengkongsian di Facebooknya pada hari sama.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
March 22, 2023· Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok