Beza 1MDB dengan DNB, PM tidak menjadi penasihat berkuasa besar: Muhyiddin

December 19, 2021 · Isu semasa

Tindakan pembangkang yang cuba memesongkan fakta berhubung isu Digital Nasional Bhd (DNB) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah dangkal dan tidak matang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mantan Perdana Menteri (PM) itu menegaskan DNB akan diuruskan kumpulan profesional dan bebas daripada kawalan PM semata-mata seperti yang berlaku dalam penyelewengan dana 1MDB sebelum ini sehingga menyebabkan kerugian berbilion yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Jadi, janganlah ada pihak yang sengaja ingin melambatkan pelaksanaan ‘roll out’ 5G untuk kepentingan tertentu dengan mempolitikkan isu DNB. Saya berasa cukup hairan pihak yang mempertahankan skandal 1MDB sekarang ingin menyamakan DNB dengan 1MDB. Tolong lah. ‘Don’t insult the intelligence of Malaysians’.

“1MDB adalah satu skim penipuan terbesar dalam sejarah dunia dengan wang puluhan bilion ringgit dipindahkan ke akaun syarikat luar pesisir yang diragui dan lesap entah ke mana. Lebih malang, sejumlah RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun “Malaysian Official 1”,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu menegaskan, DNB sebaliknya, mempunyai struktur tadbir urus yang jelas, diurus oleh mereka yang profesional, dana digunakan untuk pembinaan projek infrastruktur oleh syarikat-syarikat yang berwibawa dan Perdana Menteri tidak menjadi penasihat yang berkuasa besar dalam DNB.

“Saya berharap kerajaan akan meneruskan roll out 5G berdasarkan model ‘Single Wholesale Network’ seperti yang telah diputuskan.

“Kerajaan tidak boleh terganggu dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan pelaksanaan projek strategik yang menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara dan bakal menyediakan perkhidmatan 5G yang lebih murah kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba memainkan isu berkaitan DNB kerana tidak berpuas hati dengan lantikan dibuat Kementerian Kewangan sebagai penyedia tunggal rangkaian 5G.

Katanya, penubuhan DNB menjadi pertikaian kerana dilakukan tanpa dasar yang jelas, tiada ketelusan dan tanpa tender.

Malaysia memilih model sistem rangkaian pemborong tunggal dengan menubuhkan sebuah syarikat milik penuh kerajaan bagi mengendali pembinaan prasarana sementara syarikat telco yang akan melaksanakan tindakan atau peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit.

Secara asasnya, DNB akan membangunkan infrastruktur 5G dan menyewakannya secara pukal kepada syarikat telekomunikasi (telco).

Telco tidak perlu membangunkan infrastruktur 5G, tetapi hanya menyewa infra tersebut daripada kerajaan.

Disebabkan faktor ini, semua telco boleh berkongsi jaringan yang sama, yang akhirnya menjadikan kos operasi lebih murah. Membangunkan infrastruktur 5G sendiri menelan kos yang tinggi, dan disebabkan faktor ini, harga perkhidmatan akan menjadi mahal kerana kos tersebut dialihkan kepada pengguna.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok