Berita tidak benar hanya berkaitan Covid, Proklamasi Darurat

December 8, 2021 · Isu semasa

Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu skop penggunaan berita tidak benar dalam Ordinan Darurat hanya melibatkan maklumat berkaitan Covid-19 atau Proklamasi Darurat sahaja.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ‘berita tidak benar’ mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 merangkumi apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang keseluruhan atau sebahagiannya palsu berhubung Covid-19 atau proklamasi darurat.

“Berita yang tular itu sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk yang boleh menggambarkan perkataan selain idea,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021, di sini.

Mengenai isu manipulasi Ordinan Darurat oleh kerajaan kepada pengamal media dan pengguna media sosial, Zahidi berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempunyai pegawai pengesah yang dilantik menerusi kerjasama antara agensi.

Beliau berkata pegawai pengesah tersebut mewakili kementerian atau jabatan berkaitan antaranya Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan beberapa agensi lain yang banyak membantu polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuat penyiasatan.

“Penubuhan pasukan bertindak penguatkuasaan Ordinan juga banyak membantu menyelaras sebarang isu berbangkit… dengan pegawai pengesah mengesahkan sama ada berita terbabit adalah benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata sekiranya berita berkenaan didapati tidak benar, pihak polis akan dimaklumkan untuk membuat siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat.

Menurut Zahidi, sejak ordinan berkenaan berkuat kuasa bermula 12 Mac hingga 6 Dis lalu, 30 kertas siasatan dibuka bagi tindakan penguatkuasaan terhadap individu atau pihak, yang memuat naik atau menyebar berita tidak benar mengenai Covid-19 serta Proklamasi Darurat.

“Daripada jumlah itu, 28 kes telah selesai dengan 12 kes dituduh serta 16 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, manakala dua kes masih dalam siasatan.

Zahidi berkata individu yang didapati bersalah boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan berterusan pihak terbabit boleh didenda maksimum RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok