Berita ringkas Dewan Rakyat 9 Mac

March 9, 2022 · Isu semasa

1,821 tapak sekolah belum ditukar hak milik

Kementerian Pendidikan Malaysia mengenal pasti 1,821 tapak sekolah yang belum ditukar hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), kata Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 587 tapak sekolah di Sarawak dikenal pasti untuk proses pemberi milikan kepada PTP, lapor Bernama.

“(Mengikut) garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri bagi mana-mana tapak sekolah yang belum berstatus hak milik PTP, pelaksanaan projek pembangunan tidak dapat dipertimbangkan oleh agensi pusat.

“Kementerian komited untuk memastikan semua tapak sekolah berkenaan ditukar status kepada hak milik PTP dengan membuat perolehan tapak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan Anyi Ngau (GPS-Baram), pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahli parlimen itu ingin mengetahui jumlah tapak sekolah yang belum disenaraikan dalam PTP terutamanya di Sarawak dan di seluruh negara serta implikasi dan tindakan penyelesaian pihak kementerian sekiranya tapak sekolah belum di dalam senarai PTP.

Program pembangunan kepemimpinan wanita diteruskan

Pelbagai program pembangunan untuk mengasah bakat, kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan golongan wanita akan diteruskan tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata sebanyak 202 program kepimpinan telah dilaksanakan berbentuk latihan, advokasi dan pendedahan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan kemampuan wanita mempengaruhi keputusan berkaitan interaksi sosial yang memanfaatkan lebih 100,000 peserta bagi 2021.

“Program-program utama kepimpinan wanita yang dilaksanakan pada tahun 2021 antara lain, Forum Kepimpinan Kendiri: Bangkit Sendiri, Simposium Wanita Dalam Pengajian Tinggi dan Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda & Wanita Bekerjaya,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai perancangan kerajaan untuk mengasah bakat kepimpinan wanita untuk memastikan lebih ramai golongan wanita bersedia untuk memimpin.

Banjir di Pahang bukan berpunca daripada pembalakan

Kejadian banjir di Pahang pada Disember lepas bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan berikutan nilai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) di negeri itu menunjukkan kadar penurunan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Anak Biju berkata pembalakan hutan di negeri itu dilaksanakan secara terkawal melalui CTT, mengikut ketetapan oleh Majlis Tanah Negara dan hasil semakan mendapati kejadian banjir adalah berpunca daripada kejadian kepala air.

“Bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), CTT yang ditetapkan di Pahang adalah seluas 58,000 hektar berbanding 68,435 hektar pada 2015. Selain itu, bagi memastikan aktiviti pembalakan dilaksanakan secara teratur, pelesen perlu menyediakan Rancangan Mengusahasil Hutan (RMH) sebelum lesen dikeluarkan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (PH-Temerloh) mengenai usaha kementerian mengawal pembalakan di Pahang daripada menjadi bencana seperti hujung tahun lepas.

Banyak faktor harga racun, baja naik

Langkah kerajaan China yang merupakan pembekal utama racun, mengawal dan mengehadkan pengeluaran bahan mentah yang mencemarkan persekitaran serta pengurangan eksport bahan mentah merupakan antara faktor peningkatan harga racun dan baja di pasaran negara ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industi Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata selain itu, kenaikan harga bahan mentah untuk memproses bahan aktif racun dan kos logistik yang meningkat disebabkan pandemik COVID-19 turut menyumbang kepada kenaikan harga itu.

“Faktor di peringkat nasional pula kerana peningkatan harga komoditi menyebabkan pengeluar lebih berminat mengeksport ke negara luar seterusnya secara tidak langsung meningkatkan harga tempatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Jugah Anak Muyang (Bebas-Lubok Antu) yang mahu tahu faktor-faktor menyebabkan peningkatan harga baja dan racun yang digunakan pekebun kecil atau petani yang menjalankan aktiviti tanaman komoditi seperti kelapa sawit atau tanaman padi dan langkah menanganinya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok