Berdepan cabaran pandemik, pencapaian SPM 2020 yang terbaik pernah direkodkan

June 10, 2021 · Isu semasa

Pandemik Covid-19 yang melanda negara bukan penghalang untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, malah pencapaian tahun lepas mencatatkan rekod terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Kementerian Pendidikan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan pencapaian dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 yang direkodkan tahun lepas mengatasi rekod lima tahun sebelum ini, pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Data ini menunjukkan pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Analisa ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Trend GPN untuk 2016 hingga 2020 menunjukkan, tahun 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Radzi mengumumkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi beliau berkata, jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019.

Menurutnya, pencapaian calon SPM bandar pada 2020 adalah 4.68 berbanding 4.70 pada 2019, sementara pencapaia calon luar bandar adalah 5.06 pada 2020 berbanding 5.14 pada 2019.

Jelasnya, keputusan SPM pada 2020 menunjukkan peningkatan prestasi dalam 43 subjek mata pelajaran daripada keseluruhan 83 mata pelajaran, 39 mata pelajaran menunjukkan penurunan sementara satu mata pelajaran kekal sama.

“Prestasi lima mata pelajaran utama, Matematik, Sains, Sejarah, Pelajaran Agama Islam dan Moral menunjukkan peningkatan pada 2020 sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan,” katanya.

Dalam pada itu, peratusan calon yang layan menerima sijil SPM juga meningkat kepada 1.96 peratus, sebanyak 88.68 peratus yang layak berbanding hanya 86.72 peratus pada 2019.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok