Berbanding Singapura, adakah vaksinasi Malaysia jauh ketinggalan?

June 26, 2021 · Isu semasa

Seringkali kita mendengar kritikan kononnya kadar vaksinasi di Malaysia perlahan, tambah-tambah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang setiap hari zikirnya sekarang ‘vaksin tak cukup’, kemudiaan bila habis zikir vaksin beliau akan sambung zikir ‘nombor’, selepas itu zikirnya ‘calon Perdana Menteri’ dan begitulah seterusnya.

Tidak dinafikan sememangnya kesedaran vaksinasi dikalangan rakyat semakin baik jika dibandingkan sebelum ini kerana terdapat segelintir mereka yang menolak vaksin sehingga terpaksa diberi penjelasan daripada sudut agama dan sains.

Kritikan lembap, perlahan dan tidak efisien dalam memberikan vaksin kepada orang ramai seringkali dijadikan modal politik, kononnya kerajaan sekarang gagal dalam menyediakan vaksin secukupnya kepada rakyat.

Isu bekalan dan pemberian vaksin kepada rakyat adalah dua perkara yang menjadi perdebatan, tidak dinafikan terdapat kekangan dalam bekalan vaksin kerana proses pembelian tidak lah semudah yang disangkakan dan masuk pula bab pemberian vaksin, ia perlu dijalankan secara teratur dan mengikut prosedur yang teliti kerana tidak boleh bermain dengan nyawa manusia.

Namun, secara faktanya pelaksanaan vaksinasi yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama petugas barisan hadapan lain boleh dianggap mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dan usaha keras mereka wajar diberikan pujian.

Tidak perlu kita buat perbandingan jauh, cukup memadai melihat negara jiran paling dekat kita, Singapura yang mempunyai jumlah penduduk 5.6 juta, jauh lebih kecil berbanding Malaysia tetapi pemberian vaksinasi kepada rakyat pun masih belum diselesaikan.

Malaysia yang memiliki 33 juta penduduk, jauh lebih ramai berbanding Singapura tetapi jumlah vaksinasi yang diterima rakyat di negara kita lebih jauh tinggi apabila seramai 6.8 juta lebih orang sudah disuntik vaksin.

Singapura setakat ini pun baharu 2 juta lebih orang rakyatnya diberikan vaksin.

Bukan itu sahaja, Singapura terlebih dahulu memulakan program vaksinasi mereka sebelum Malaysia, kita masih ingat ramai ketika itu yang menghentam kerajaan.

Singapura memulakan program vaksinasi mereka pada 8 Januari 2021, sementara Malaysia pada 24 Februari 2021.

Jika Singapura negara yang jauh lebih kecil penduduknya berbanding Malaysia pun masih bergelut dengan pemberian vaksin, adakah adil untuk kita menyalahkan sebelah pihak sahaja?

Ya, kita boleh menuduh kerajaan gagal tapi adakah itu fakta atau auta?

Faktanya, Singapura yang dikatakan memiliki kelengkapan yang canggih dan sistem perubatan yang moden pun masih tidak dapat memberikan vaksin secukupnya kepada rakyatnya.

Tetapi Malaysia yang sering dilabel sebagai mundur nampaknya lebih mendahului negara jiran dalam pemberian vaksinasi walaupun memiliki penduduk yang jauh lebih banyak.

Sememangnya senang untuk menjadi insan seperti Anwar, kritik dan kecam kerajaan kemudiaan minta dirinya jadi Perdana Menteri. Kemudiaan memandu Jaguarnya bersiar-siar depan Istana Negara.

Selesaikan isu Covid-19 terlebih dahulu jika mahu berpolitik, apabila pentas gelanggang dibuka, ketika itu lah tunjuk hebat pun tidak apa. Kerana kita tahu, sememangnya Anwar adalah calon Perdana Menteri paling lama menunggu gilirannya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok