Beli tiket awal, kata Malaysia Airlines, AirAsia sempena Aidilfitri

April 14, 2022 · Isu semasa

Syarikat penerbangan menasihat rakyat Malaysia agar membeli tiket mereka awal bagi mengelakkan kenaikan harga ketika perayaan Aidilfitri yang disebabkan oleh strategi penetapan harga dinamik.

Malaysia Airlines Berhad dalam kenyataan memaklumkan kepada Bernama hari ini bahawa syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran selain tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk pada jangka masa tertentu.

“Kami sedang merekodkan muatan yang amat memberangsangkan terutama bagi tempoh puncak sempena Hari Raya, yang memperlihat peningkatan ketara pada tempahan penerbangan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Kami menggalakkan orang ramai untuk merancang perjalanan masing-masing dan mengambil peluang ke atas pelbagai tawaran promosi dan diskaun yang disediakan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airlines turut memberi jaminan bahawa ia akan terus memantau keadaan dan meningkatkan kapasiti tempat duduk penerbangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Menerusi Pameran MATTA 2022, Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi harga tiket penerbangan semasa ke semua destinasi domestik dan antarabangsa terpilih.

“Malaysia Airlines juga telah melanjutkan tawaran ini secara dalam talian sehingga 17 April tahun ini bagi memudahkan pelanggan untuk terus merancang percutian dan membeli tiket dengan harga yang berpatutan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa syarikat penerbangan tempatan yang menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching telah menawarkan tiket serendah RM300 bagi penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.

Bagaimanapun, semakan ke atas laman sesawang mereka menunjukkan harga melonjak sehingga RM2,000 (bagi penerbangan pergi balik) iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus bagi tempoh perayaan di antara 29 April hingga 8 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu bagi mengumumkan pengembalian enam laluan perkhidmatannya ke India semalam berkata AirAsia masih dalam mod pemulihan dan oleh itu, berusaha meningkatkan kapasiti penerbangan berdasarkan apa yang boleh dilakukan ketika ini.

Beliau berkata bilangan pesawat AirAsia yang boleh beroperasi akan ditentukan oleh had semasa susulan mod pemulihan.

“Bagi meramalkan di mana ia (operasi penerbangan) berada juga adalah sesuatu yang agak mencabar, jadi had dari segi berapa banyak pesawat yang boleh kita terbangkan ketika ini (akan) turut ditentukan oleh perkara tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan tak dedah kos belanja penerbangan PMX
May 23, 2023· Politik
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Rumah Terbuka bersama Sanusi cecah 50 ribu orang lebih, lapor Sinar Harian
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok