Bekas KPN bidas pembangkang tolak usul SOSMA, ancam keselamatan negara

March 24, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Musa Hassan membidas tindakan Ahli Parlimen (MP) pembangkang yang menggagalkan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu menyifatkan langkah MP pembangkang yang tidak menyokong usul tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar dan bakal mengancam keselamatan negara, ia ekoran Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal mendapat sokongan mencukupi untuk meluluskan usul tersebut.

“Saya rasa pihak wakil rakyat tak pentingkan keselamatan negara. Bagi saya, setiap negara ada undang-undang keselamatan dia.

“Jadi kalau Malaysia tak mahu undang-undang keselamatan, you (kamu) terimalah akibatnya kalau apa-apa jadi,” katanya dipetik laporan FMT.

Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi, tidak diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Usul yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 MP bersetuju manakala 86 (pembangkang) lagi tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undi itu berkata seramai 50 MP tidak hadir.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok