Bekas Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi meninggal dunia

July 9, 2022 · Isu semasa

Wartawan veteran dan bekas Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika di hospital, arwah dilaporkan sedang menjalani rawatan untuk beberapa komplikasi kesihatan.

Pemergian arwah dibuat isterinya, Siti Hawa Samsam dalam satu hantaran Facebook berkata Lutfi meninggal dunia pada jam 2.10 pagi di Hospital UiTM Puncak Alam, beberapa jam selepas ulang tahun kelahirannya yang ke-59.

Menjadi wartawan dan editor selama lebih tiga dekad, pelbagai pihak mengucapkan takziah kepada anak kelahiran Kedah itu, dan menyifatkan tulisannya sebagai suara utama ketika era Reformasi.

Lutfi dikenali sebagai ketua editor lidah rasmi PAS, Harakah. Beliau mengetuai sidang editorial Harakah pada 1987 hingga 1992 dan pada 2006 hingga 2015.

Allahyarham kemudian menyertai Malaysia Dateline, iaitu lidah rasmi Amanah.

Selain itu, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga menulis pelbagai buku dan artikel berkenaan politik negara, dan diterbitkan di tengah keterbatasan kebebasan media yang menyaksikan salah satu daripada majalah dwibulanan yang diterbitkannya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Perjuangan Lutfi ke arah kebebasan media turut menyaksikan penubuhan ‘Kumpulan Aktivis Media Independen’ (KAMI) bersama beberapa lagi aktivis lain.

Pada 2016, Lutfi menerbitkan salah satu buku terakhirnya, bertajuk Lorong Sunyi Media Bebas. Ia merupakan himpunan 24 rencana karangannya dan 54 artikel berkenaannya oleh para penulis lain termasuk editor-editor veteran dan juga anaknya, Ahmad Luqman Hakim.

Berita berkaitan
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Kumpulan media persoal tindakan kerajaan tarik balik kad media Harakah
November 8, 2023· Politik
PMX geram tindakan akhbar Harakah siar gambar dengan bendera Israel
November 7, 2023· Politik
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok