Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?

July 15, 2023 · Isu semasa

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi meminta ‘khidmat’ Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing untuk sekali lagi menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau yang juga Speaker DUN Johor berkata meski fasiliti di KLIA berstatus kelas pertama namun dari segi penyelenggaraan ia berada di kelas rendah yang memalukan negara.

“Apa jadi MOT (Kementerian Pengangkutan)? Shuttle train dari bangunan utama ke terminal pelepasan antarabangsa rosak lagi. Sudah banyak kali rosak.

“Ini dikatakan ‘first class facility’ tetapi ‘low class  maintenance’. Baik pulih amat lambat. Masa saya ke Jeddah 17 Jun lalu train ini sudah rosak. Bila saya balik sebulan kemudian, ia masih rosak lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau melahirkan kekecewaan terhadap perkhidmatan bas perantara yang disediakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) umpama ‘tin sardin’ terpaksa dinaiki pelancong .

Bas tersebut disediakan susulan penggantungan perkhidmatan Aerotrain di KLIA yang kini dalam proses penggantian di mana tren pertama dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

“MAB pun satu hal. Penumpang dan pelancong disumbat sampai berdiri dalam bas dengan hand luggage mereka. Kesian warga emas. Apakah ini Malaysia’s Hospitality?

“Mana Datuk Tiong King Sing. Dia Menteri Pelancongan. Tidak mahu serbu KLIA kali kedua? Hari itu dia sibuk pasal wanita warga China. Ini melibatkan ribuan pelancong setiap hari. Kenapa diam?

“Mohon PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) datang lagi ke KLIA,” katanya.

King Sing sebelum ini mencetus kontroversi selepas bertindak ‘menceroboh’ balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Video tular mabuk, Menteri Pelancong kata apa salahnya?
October 31, 2023· Politik
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok