Bantu penduduk terjejas kepala air Gunung Jerai, ambil kira Covid-19: Muhyiddin

August 18, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir kilat di beberapa daerah di Yan, Kedah susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai petang tadi.

Dalam kenyataan lewat malam tadi di Facebook beliau, Muhyiddin pada masa sama berharap bantuan dan perlindungan itu tetap mengambil kira situasi pandemik Covid-19 sekarang ini.

Kedah hari ini melaporkan 1,852 kes baharu Covid-19 turun sedikit berbanding semalam sebanyak 1,863 kes.

“Saya mengikuti secara dekat bencana banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah dipercayai kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai petang tadi.

“Saya berharap kerajaan negeri Kedah serta agensi-agensi berkaitan dapat menggerakkan segera semua bentuk bantuan kepada penduduk di kampung-kampung yang terlibat dalam bencana ini. Keselamatan dan bekalan makanan perlu menjadi keutamaan ketika ini.

“Saya difahamkan bahawa petugas-petugas keselamatan dan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta APM telah melakukan operasi menyelamat dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan bencana terjamin,” katanya.

Beliau berharap tugas-tugas pasukan keselamatan dipermudahkan manakala penduduk yang terjejas serta terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara disediakan bantuan sewajarnya.

Kejadian banjir berpunca dari hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai dengan air mengalir laju turun ke kaki gunung dan masuk ke Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata berikutan itu banjir melanda kawasan berhampiran Sungai Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Setakat ini difahamkan, kejadian itu meragut satu nyawa manakala dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai pula, dua mangsa dijumpai selamat dan seorang masih hilang.

“Bagi kejadian rumah runtuh di Chalet Salak Denai, seorang masih hilang dan terdapat mangsa terperangkap di atas bumbung rumah di Kampung Setoi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok