Banjir di Raub, penduduk kampung dipindahkan ke PPS

October 23, 2022 · Isu semasa

Kawasan Parlimen Raub dilanda banjir yang mengakibatkan beberapa kampung dinaiki air selepas hujan berterusan sejak semalam.

Media melaporkan seramai 20 orang mangsa banjir daripad lima keluarga di Kampung Ulu Atok di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaik air 6 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok di sini.

“Kawasan terlibat telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter selepas air dari Sungai Atok melimpah ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa jam malam tadi. “Sebaik menerima maklumat anggota APM Raub bertindak segera membantu dan membawa mangsa ke tempat yang selamat,” katanya dipetik Astro Awani.

Sementara itu Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, pasukan keselamatan termasuk polis, bomba, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan sekiranya ada penduduk yang perlu dipindahkan.

Menurutnya, difahamkan kejadian banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa jam di kawasan terbabit namun keadaan terkawal.

“Trend air juga dilihat semakin menurun dan pasukan keselamatan akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa kawasan berkenaan.

“Saya mengharapkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan sering dilanda banjir terutamanya berdekatan dengan sungai supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi banjir berikutan hujan lebat sering berlaku semasa Monsun Timur Laut yang bermula November ini,” ujarnya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok