Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan

October 1, 2023 · Isu semasa

Persatuan berkaitan sektor pelancongan berharap kerajaan akan menaikkan nilai ambang tahunan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) industri perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta menerusi Belanjawan 2024.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA) Dr Sri Ganesh Michiel berkata perkara itu perlu bagi memastikan kelangsungan pengusaha hotel bajet yang terjejas akibat persaingan pihak yang melaksanakan perusahaan penginapan secara tidak berlesen.

“Cukai SST ini, apabila harga bilik itu (bernilai) RM100 maka ia akan meningkat kepada RM106 berikutan kadar cukai enam peratus itu. Apabila harga bilik semakin tinggi, maka cukai yang perlu dibayar (oleh pelanggan) juga turut meningkat.

“Meskipun harga bilik yang ditawarkan hotel murah ini sama dengan perusahaan pihak tidak berlesen namun disebabkan cukai SST ini, harga bilik itu menjadi lebih mahal dan tidak menjadi faktor penarik kepada pelanggan untuk menempahnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sekiranya nilai ambang itu dinaikkan ke paras RM1.5 juta, pelanggan khususnya golongan B40 juga boleh menikmati harga bilik pada kadar mampu milik tanpa rasa terbeban dengan cukai SST yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha hotel berlesen.

Selain itu, Ganesh yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF) turut berharap agar kerajaan segera menguatkuasakan Garis Panduan Penginapan Kediaman Jangka Masa Pendek (STRA) dalam memastikan kelangsungan industri perhotelan.

Menurutnya, kerajaan telah kehilangan cukai akibat daripada perniagaan tidak berlesen di mana pihak terbabit tidak terikat kepada kawal selia undang-undang untuk membayar cukai seperti SST, Cukai Pelancongan dan fi lain berkaitan pelancongan atau hotel yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Dasar Awam Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan Mich Goh dalam kenyataan berkata garis panduan STRA nasional yang sedang dibangunkan bakal mencerminkan dinamisme Malaysia dalam menerima teknologi dan inovasi dalam sektor pelancongan.

“Airbnb menyeru agar beberapa insentif utama yang dikhususkan kepada penggiat pelancongan tradisional pada masa ini turut diperluaskan kepada hos STRA, sama ada individu mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Dr Mohd Khalid Harun pula berharap agar peruntukan khusus bagi melatih lebih ramai tenaga kerja tempatan dalam sektor pelancongan dapat disediakan kerajaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Beliau berkata perkara itu penting berikutan tenaga kerja tempatan di dalam industri pelancongan adalah barisan hadapan yang akan mempromosi mengenai kebudayaan dan keistimewaan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata peruntukan khusus bagi menyelenggara dan naik taraf infrastruktur seperti kemudahan fasiliti di lapangan terbang, pengangkutan awam termasuk kemudahan-kemudahan asas lain agar ia berada di tahap terbaik juga perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2024.

“Kerajaan juga dicadangkan untuk menyediakan peruntukan tambahan bagi sektor pelancongan Muslim tempatan. Pendekatan ini berpotensi meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke dalam negara sekali gus, mengangkat martabat Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar bertegas kena berunding terlebih dahulu
November 2, 2023· Politik
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
13 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok