Isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar bertegas kena berunding terlebih dahulu

November 2, 2023 · Politik

Rundingan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang disalurkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Ahli Parlimen blok pembangkang sehingga hari ini masih tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan campuran dan Perdana Menteri berkata isu peruntukan ditugaskan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jawatankuasa yang dibentuk.

“…seperti mana kita lakukan ketika zaman Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada libat urus, runding ada parameter, kita runding, kita teruskan. Saya tidak beranjak daripada pendirian itu. Soal nak kata zalim, maknanya kerajaan dulu zalimlah, tak bagi (peruntukan).

“Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) pun tahu, bincang, kalau munasabah, kita lulus tak ada masalah, kata tak ada peruntukan tak betul, peruntukan Ahli Parlimen itu keputusan kemudian, bukan hak, haknya beri peruntukan cukup pada rakyat, bukan Ahli Parlimen, wakil rakyat ada hak dia, ada gaji ada elaun,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencelah membangkitkan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.

Beliau tidak mahu soal rasuah dan tatakelola diremehkan kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada dana awam, seperti yang sering ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum ini.

“Pengalaman-pengalaman (salah guna kuasa dan ketirisan) ini kita harus ambil kira dan kita tegaskan tak boleh berulang… sebab itu kita putuskan untuk ambil tindakan sebaik sahaja ia disahkan.

“Pegawai, pengurus atau menteri atau siapa sahaja yang bertanggungjawab harus dikenakan tindakan, ini termasuk juga pengurusan dana syarikat kerajaan yang kurang memuaskan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah melalui beberapa pengalaman, termasuk teguran pengauditan berhubung perolehan seperti yang dilaporkan dalam LKAN dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), umpamanya kegagalan 104 ventilator berfungsi daripada 136 yang diperoleh semasa pandemik Covid-19 dan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin tamat tarikh luput.

Selain itu, beliau berkata taklimat oleh Ketua Audit Negara berhubung hasil pengauditan terkini menunjukkan penemuan utama adalah kerugian wang awam hampir RM700 juta, antaranya melibatkan pengurusan program penanaman padi negara, pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kawal selia senjata api di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
16 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok