Bajet 2023: PMKS hanya dapat RM1,000, tiada pengeluaran khas KWSP

October 7, 2022 · Isu semasa

Kerajaan hanya memberi geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai bantuan kepada mereka, selain mengurangkan kadar cukai taksiran mulai tahun depan.

Pada masa sama, Bajet 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini (7 Oktober 2022) tidak menyatakan mengenai moratorium kepada PMKS yang menghadapi masalah.

Terdahulu, Majlis Pemulihan Negara (MPN) dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan membantu PMKS yang menghadapi masalah, termasuk memberikan moratorium bayaran balik hutang.

Muhyiddin berkata moratorium dan bantuan itu perlu memandangkan sektor PMKS masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR), memaksa pengusaha menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

“Sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara. Ramai rakyat yang bergantung kepada sektor ini untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan. Hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor ini.

“Seperti mana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun. Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS,” kata Muhyiddin.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023 itu berkata bantuan RM1,000 itu dijangka memberi manfaat kepada satu juha PMKS dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion.

“PMKS dijangka menyumbang 45 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan 25 peratus kepada jumlah eksport negara menjelang tahun 2025.

“Sebagai komitmen Kerajaan untuk menyokong dan memperkasa PMKS, sukacita diumumkan, mulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 100 ribu pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.

“Pengurangan ini dijangka memberi penjimatan sehingga 2,000 ringgit kepada 150 ribu pembayar cukai PMKS,” kata Tengku Zafrul.

Sementara itu, dalam bajet kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini pula tidak menawarkan pengeluaran khas bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sesetengah netizen dilaporkan kecewa kerana mereka masih memerlukan wang tunai untuk menampung keperluan harian, khususnya ketika harga barangan meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, KWSP dalam Laporan Tahunan 2021 yang diterbitkan serentak dengan pengumuman Bajet 2023 memaklumkan agensi itu merekodkan caruman bersih negatif pertamanya dalam tempoh 20 tahun pada RM58.2 bilion apabila ahli mengeluarkan dana daripada akaun mereka untuk mengurangkan kesan pandemik Covid-19 yang bermula pada awal 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memandangkan penutupan (didorong oleh Covid-19) terus merebak hingga 2021, beberapa perniagaan kecil terjejas teruk, dengan banyak yang terpaksa menghentikan operasi, sekali gus menyebabkan kehilangan pekerjaan yang meluas.

“Sebagai usaha segera untuk mengekalkan mata pencarian ahli kami, kami memperkenalkan i-Citra pada Julai 2021 yang membolehkan ahli mengeluarkan sehingga RM5,000,” katanya dalam laporan itu.

Berita berkaitan
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok