Fahmi sahkan portal TV Pertiwi yang disekat sedang berdepan siasatan

August 20, 2023 · Isu semasa

Portal berita TV Pertiwi yang tidak boleh diakses pengguna baru-baru ini disahkan sedang berdepan siasatan pihak berkuasa, menurut Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Digital mengesahkan terdapat siasatan terhadap TV Pertiwi yang tidak boleh diakses selepas laporan pihak media, bagaimanapun beliau tidak boleh memberikan sebarang komen memandangkan siasatan sedang berjalan.

“Jadi saya akan teliti perkara ini, sekiranya perlu kita minta SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) beri penjelasan, tetapi sekiranya ada aspek penyiasatan, kita tidak akan masuk campur dan memberikan komen berlebihan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia semalam.

Portal tersebut disiasat pihak polis dan SKMM ketika ini, menurut Fahmi lagi.

TV Pertiwi menjadi portal terbaharu yang masuk dalam senarai sekatan selepas beberapa laman berita yang tidak cenderung kepada kerajaan dihalang aksesnya daripada untuk dilayari sebelum ini, lapor MalaysiaNow.

Dalam satu kenyataan, TV Pertiwi, yang pakar dalam program bual bicara hal ehwal semasa, menyelar sekatan terbaharu itu, sambil menyifatkannya sebagai detik hitam dalam pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meskipun seriang melaungkan kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“TV Pertiwi menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital serta SKMM menjelaskan perkara ini selain nyatakan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan portal berita ini,” kata Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Firdaus Salleh Hudin.

Semakan menunjukkan bahawa URL tvpertiwi.com.my tidak boleh diakses, sebaliknya notis oleh SKMM memaklumkan pelawat bahawa laman sesawang tersebut telah disekat.

Pada Jun lalu, Fahmi juga diserang selepas portal berita MalaysiaNow disekat.

Bulan lalu, sebuah lagi laman sesawang hal ehwal semasa, UtusanTV, yang dikendalikan oleh bekas kakitangan syarikat media Utusan Melayu yang kini ditutup, turut disekat.

SKMM, pengawal selia internet negara, masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung sekatan tersebut.

Fahmi sebaliknya menafikan telah memberi sebarang arahan kepada SKMM untuk menyekat mana-mana laman sesawang, sambil menambah bahawa agensi itu mempunyai kuasa untuk melakukan sekatan secara terus.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu· Isu semasa
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok