Bajet 2023 perlu peruntukan lebih besar untuk rangsang ekonomi: MB Johor

February 6, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Belanjawan 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Gesaan tersebut disuarakan susulan pengumuman baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan pemotongan peruntukan pembangunan kepada ahli-ahli Parlimen.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana 2023 adalah tahun yang paling mencabar bukan sahaja kepada ekonomi dan rakyat negara ini malah juga seluruh dunia.

“Pada masa sama, saya nak syorkan tahun ini bukan tahun mengejar sebuah belanjawan yang positif. Saya minta maaf. Tahun in tahun mencabar. Kesusutan, kemelesetan di seluruh dunia, peperangan Ukraine dan Rusia.

“Ada implikasi ekonomi kepada negara. Harga barang tengah naik. Syor saya, langkah untuk mendapat sebuah belanjawan yang positif tahun ini kita (perlu) tunggu sikit (masa). Tahun depan mungkin tempoh yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis dialog Belanjawan 2023 peringkat Johor di Kota Iskandar, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Semasa sidang media, Onn Hafiz berkata pihaknya berpandangan sekiranya Belanjawan 2023 dikecilkan berbanding belanjawan yang pernah dibentangkan sebelum ini, ia akan turut memberi kesan di peringkat bawah khususnya bagi Johor.

“Kami risau sekiranya belanjawan dipotong dan menjadi kurang berbanding sebelumnya. Jika itu berlaku, akan ada kesan domino kepada pembangunan, ini kerana ada banyak perkara yang diminta Johor.

“Hampir 11 perkara yang diminta, jadi kita berharap permohonan tersebut boleh dipertimbangkan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Johor memohon beberapa projek utama menerusi Belanjawan 2023 termasuk penambahan enam lorong daripada empat lorong bagi laluan Yong Peng-Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan, pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, projek tebatan banjir dan menaik taraf sekolah di negeri ini.

Selain itu, kerajaan negeri juga memohon kerajaan Persekutuan mempertimbangkan usaha mengatasi kesesakan yang berlaku sempadan Johor-Singapura.

Berita berkaitan
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023· Isu semasa
Ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2023 Tan Sri Muhyiddin Yassin
March 6, 2023· Rencana
Belanjawan 2023 tidak sentuh masalah sebenar rakyat, kata Muhyiddin
March 6, 2023· Isu semasa
Mat Maslan yakin negara tak alami kegawatan ekonomi tahun ini
March 6, 2023· Isu semasa
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
31 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
42 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok