Awas! Jerat cinta laman sosial

April 30, 2022 · Isu semasa

Kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta di negara ini menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Dilaporkan sebanyak 1,535 kes penipuan cinta dilaporkan pada 2019 membabitkan kerugian sebanyak RM79.11 juta.

Pada tahun 2020, jumlah kes meningkat sebanyak 47 kes kepada 1,582 kes dengan jumlah kerugian RM58.33 juta, manakala empat bulan pertama tahun lalu, sebanyak 549 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM20.58 juta.

Berbanding tempoh sama tahun 2020, jumlah kes dicatatkan untuk 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes.

Ketua Pematuhan Asia Pasifik (APAC), Genevieve Noakes, berkata, meletakkan maklumat peribadi di profil akaun laman sosial media antara punca wanita mudah menjadi mangsa penipuan cinta atau ‘love scam’.

“Tidak salah jika menggunakan sosial media untuk bersosial tetapi maklumat peribadi seperti nama penuh, warganegara, tarikh lahir atau nombor telefon tidak sepatutnya diletakkan di profil,” katanya

Katanya, berdasarkan maklumat itu akan memudahkan penipu menjadikan seseorang itu sebagai mangsa mereka.

“Maklumat seperti taraf kewarganeraan paling tidak boleh diletakkan di akaun profil di media sosial kerana ia menjadi sasaran utama penipu cinta kerana mereka akan melihat bakal mangsa dari negara mana sebelum memulakan agenda penipuan.

“Jika penipu mula bertanyakan mengenai kewangan termasuk meminta duit dengan alasan tertentu termasuk untuk modal perniagaan atau pelaburan, itu ada petunjuk mereka menjadi perangkap cinta,” katanya.

Genevieve berkata, kebanyakan penipuan cinta di laman sosial, justeru orang ramai terutama wanita sedang mencari cinta, perlu lebih berhati-hati menggunakan medium itu.

Aktiviti penipuan cinta tidak semestinya bermula daripada penipu itu, ada kes bermula daripada wanita terlebih dahulu kerana dikatakan terdesak mencari cinta.

“Penipu pula akan berpura-pura jatuh cinta terhadap mangsa dan mula bertanyakan banyak maklumat daripada mangsa tanpa disedari.

“Selepas mangsa terjatuh cinta, dengan mudah mereka akan tunduk kepada apa yang diminta termasuk duit kerana tidak menyangka mereka sedang ditipu,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 80 peratus penduduk di Malaysia menggunakan internet dalam kehidupan seharian termasuk untuk bekerja, menjana pendapatan dan bersosial.

Justeru, penggunaan internet yang meluas membuka peluang kepada penipuan cinta untuk mengambil kesempatan terutama wanita sedang mencari teman hidup.

Katanya, penipu akan mencari seberapa banyak peluang untuk mendapatkan mangsa dan platform paling mudah menerusi cara ini.

“Untuk terjatuh cinta menerusi di laman sosial bergantung kepada individu sendiri sama ada mudah tertarik atau sebaliknya.

“Ada individu mudah tertarik hanya melalui laman sosial apabila lelaki berkenaan menunjukkan sesuatu yang diminatinya walaupun hakikatnya ia tidak benar.

“Penipu tidak memilih usia dan latar belakang mangsa tetapi cuma mencari peluang untuk mewujudkan satu hubungan seterusnya mensasarkan mereka sebagai mangsa,” katanya.

Justeru, sesiapa menggunakan sosial media elakkan menulis maklumat peribadi di profil akaun mereka kerana ia tersangat bahaya.

Katanya, wanita perlu bijak dalam menggunakan platform itu, meskipun ia antara boleh membantu untuk mendapatkan pasangan, namun perlu lebih berhati-hati.

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta
September 17, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok