Kes penipuan dalam talian meningkat di Johor, jumlah kerugian lebih RM71 juta

September 17, 2023 · Isu semasa

Kes jenayah penipuan dalam talian di Johor meningkat 15.5 peratus kepada 2,079 kes dari Januari tahun ini hingga semalam, berbanding 1,800 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah kerugian sebanyak RM71.857 juta direkodkan pada tempoh itu berbanding RM57.026 juta bagi tempoh sama tahun lepas, lapor Bernama.

Beliau berkata belian dalam talian menjadi penyumbang terbesar jumlah kes tahun ini iaitu 485 kes, diikuti pelaburan tidak wujud sebanyak 382 kes, phone scam (368 kes), tawaran kerja (361 kes) dan pinjaman tidak wujud (338 kes).

“Sebanyak 478 kes daripada 2,079 kes telah dilaporkan oleh mangsa kepada National Scam Response Centre (NSRC) bagi tujuan sekatan aktiviti ke atas akaun bank terbabit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar lebih berwaspada apabila berurusan secara dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Kamarul Zaman berkata orang ramai perlu menyemak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan suspek melalui aplikasi Semak Mule yang disediakan dalam talian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Orang ramai juga diseru agar sentiasa mengikuti laman sosial JSJK seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mengetahui modus operandi terkini jenayah komersial.

“Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, orang ramai dinasihatkan segera menghubungi NRC menerusi talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek,” katanya.

 

Berita berkaitan
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023· Isu semasa
Kalah tapi ada peningkatan undi, calon PN di Simpang Jeram berpuas hati keputusan
September 10, 2023· Politik
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Proses penamaan calon PRK Pulai dan Simpang Jeram berjalan lancar: Polis
August 26, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok