Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq

July 6, 2022 · Isu semasa

Saksi kes perbicaraan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu mahkamah hanya mengikut arahan Ketua Armada tersebut (ketika itu) supaya mengeluarkan wang RM1 juta dari akaun milik sayap parti Bersatu.

Saksi utama, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali berkata sudah terjebak sejak daripada awal dan hanya menuruti arahan Ahli Parlimen Muar itu walaupun menyedari tindakan tersebut tidak jujur dan amanah.

Sepatutnya, proses pengeluaran wang RM1 juta itu sepatutnya memerlukan kertas kerja program dan dibentangkan kepada Majlis Ketua Armada, kata Rafiq sebagai saksi pendakwaan ke-13.

Menurut laporan BH, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menyoal sama ada beliau mengetahui maksud tidak jujur atau tidak amanah, Rafiq Hakim menjawab: “Melakukan sesuatu perkara dengan tidak sepatutnya.”

Menjawab soalan Wan Shaharuddin sama ada beliau mengetahui ketika itu bahawa ia satu kesalahan, Rafiq Hakim menjawab: “Ya.”

Alasan diberikan Rafiq kerana ingin menyorokkan sesuatu daripada pihak berkuasa dan dia selaku Penolong Bendahari terpaksa meneruskan juga pengagihan wang kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib kerana mendakwa dirinya sudah terjebak dari awal.

Ketika ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq sama ada beliau bersetuju bahawa Perlembagaan parti tidak menyatakan bahawa pengeluaran wang untuk tujuan program Armada memerlukan kertas kerja, Rafiq Hakim menjawab: “Ya.”

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa tidak ada arahan undang-undang yang memerlukan kertas kerja pada masa itu, lantas apa yang dilakukan Syed Saddiq bukanlah satu kesalahan di bawah perlembagaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, sebat dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini, antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan denda.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, hasil daripada aktiviti haram.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok