Apa di sebalik isu Menara KL?

January 2, 2023 · Isu semasa

1. Isu Penjualan Menara Kuala Lumpur semakin menarik dan panas dengan pelbagai pihak mengemukakan pandangan dan komen. Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa telah memberikan penjelasan yang terperinci.

2. Perkara yang amat jelas, Menara KL masih lagi milik Kerajaan Malaysia.

Menara KL tidak dijual secara senyap-senyap seperti tuduhan beberapa cyber trooper.

Yang menjadi persoalan ialah “Konsesi Operasi dan Maintenance” KL Tower kepada pihak ke 3, iaitu Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.

3. Beberapa perkara telah diutarakan oleh dua orang pemilik akaun Facebook dan cyber trooper media sosial yang telah menuduh perkara-perkara seperti berikut:

(i) Tuduhan Pertama bahawa KL Tower telah dijual kepada pihak ke 3.

(ii) Tuduhan Kedua, bahawa Anak Syarikat Telekom Malaysia (TM) untung RM20 juta setahun mengendalikan operasi menjaga Menara KL.

(iii) Tuduhan Ketiga, kononnya Konsesi mengurus KL Tower diberi kepada satu syarikat yang hampir muflis.

(iv) Tuduhan Keempat bahawa ada tangan ghaib campur tangan dalam pemberian konsesi Menara KL kepada Hydroshoppe Sdn. Bhd. dan pemberian konsesi tersebut tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

(v) Tuduhan Kelima bahawa pengarah wanita syarikat Hydroshoppe adalah kenalan rapat Annuar Musa.

4. Kelima-lima tuduhan ini adalah palsu, fitnah dan berniat jahat.

Saya dimaklumkan, Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua penulis Facebook ini dan lain-lain pihak yang telah menfitnah beliau.

5. Adalah amat jelas, bagi menjawab tuduhan-tuduhan tersebut, sebenarnya perkara-perkara berikut perlu diambil kira iaitu:

(i) Konsesi mengendalikan dan menguruskan Menara KL, telah diberikan sebanyak dua kali kepada anak syarikat TM dan konsesi terakhir berakhir pada penghujung tahun 2019.

(ii) TM mengambil keputusan tidak mahu lagi menyambung perjanjian konsesi tersebut.

(iii) Sebenarnya anak syarikat TM yang mengendalikan Menara KL rugi teruk pada tahun perniagaan 2020, 2021 dan 2022, akibat berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19.

(iv) TM berpendapat bahawa Menara KL tidak lagi berfungsi sebagai Menara Telekomunikasi yang utama sebaliknya merupakan tempat pelancongan yang strategik. Anak Syarikat TM memerlukan bajet berjumlah diantara 10 hingga 20 juta ringgit untuk memulakan semula operasi Menara KL secara optimum, pasca pandemik Covid-19.

(v) Tuduhan kononnya ada tangan ghaib dan pemberian konsesi tidak mengikut prosedur dan peraturan adalah tidak benar. Prosedur dan peraturan yang ketat telah dilakukan oleh KKMM serta UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri).

UKAS adalah agensi kerajaan dibawah Datuk Seri Mustapa Mohamad (Menteri Ekonomi), pada ketika itu.

UKAS telah membawa kertas kelulusan untuk Konsesi Mengurus dan Menyelenggara Menara KL oleh syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. (pembida yang berjaya) kepada Mustapa dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setelah diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri, syarikat Hydroshoppe telah diberi kelulusan sebagai pembida yang berjaya untuk konsesi ini.

Bekas Menteri KKMM tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan konsesi tersebut.

(vi) Tuduhan kononnya pengarah wanita Syarikat Hyroshoppe adalah kenalan rapat Annuar Musa, adalah tidak benar dan palsu.

Tuduhan mengenai kenapa syarikat Hydroshoppe dipilih sebagai pemegang konsesi?

6. Seterusnya ada tuduhan kenapa syarikat tertentu yang masuk membida konsesi mengurus dan menjaga operasi Menara KL telah tidak terpilih.
Sebenarnya tujuh syarikat telah melakukan bidaan tetapi dua telah terlambat menghantar bidaan, maka hanya lima syarikat yang telah dibuat penilaian oleh pihak KKMM dan UKAS.

7. Betul, Menara KL bukan kedai madu, bukan kedai kasut dan bukan kedai lot.

Menara KL adalah antara tempat yang popular pelancong datang berkunjung.

Tetapi ada tuduhan daripada Datuk Seri Megat bin Datuk Shahriman kononnya syarikat beliau telah ditolak tanpa alasan yang munasabah, pada hal dia sudah bertahun lamanya menyewa tapak restoran di Menara KL tersebut.

8. Untuk makluman, syarikat Datuk Seri Megat telah mengemukakan cadangan untuk mendapatkan konsesi yang panjang iaitu selama 45 tahun dan memohon untuk memulakan perniagaan satu Hotel Boutique, satu Museum Madame Tussaud (Wax Museum) dan Cart Prix.

Setelah diteliti oleh jawatankuasa penilaian, cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah aktiviti-aktiviti dan program perniagaan yang terkeluar daripada skop yang digunakan sebagai garisan panduan untuk mengendali dan menguruskan Menara KL.

9. Secara keseluruhannya, Hydroshoppe Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan terbaik untuk mengurus dan menyelenggara Menara KL.

Menara KL yang telah siap dibina pada 1 Mac 1995, merupakan Menara Telekomunikasi tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan ketinggian 420.7 meter, Menara KL ini juga merupakan menara telekomunikasi yang ketujuh tertinggi di dunia.

Datuk Saiful Bahar
Penganalisis politik

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok