Annuar Musa dikompaun langgar SOP melawat rumah Pak Lah

July 12, 2021 · Isu semasa

Selepas dikritik susulan lawatan ke kediaman bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan sudah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan berkata kompaun yang dikenakan terhadap Annuar akan dibayar secepat mungkin.

“Berkaitan kunjungan Annuar ke Bait Badawi (kediaman Abdullah) pada Sabtu 10 Julai lalu, beliau telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, Annuar berkongsi gambar berjunjung ke kediaman Abdullah yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Annuar memadam ciapan tersebut ketika akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang kecewa serta tidak berpuas hati dengan tindakannya.

“Hari ini kami suami isteri ambil peluang ziarah Tun Abdullah Badawi dan Tun Jeane Abdullah di kediaman mereka di Bait Badawi di Kuala Lumpur.

“Lebih dua jam bersama dan makan tengah hari masakan Tun Jeane. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Pak Lah seisi keluarga,” ciapnya pada 10 Julai.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok