Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis

September 25, 2023 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui, lapor Bernama.

”Hasil semakan polis mendapati penjawat awam itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil semakan juga mendapati kejadian di dalam video itu adalah video lama yang telah ditularkan semula.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor telah membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.

Sasikala berkata pihak polis ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya melibatkan PDRM Selangor serta akan mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

Berita berkaitan
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok