Ancaman Covid-19: Agong gesa rakyat ambil vaksin, dos penggalak

February 8, 2022 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru rakyat yang belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 supaya berbuat demikian.

Seri Paduka bertitah ia termasuklah mendapatkan dos penggalak bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik Covid-19, lapor Bernama.

“Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik Covid-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi Covid-19 yang telah digariskan oleh kerajaan beta,” titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 263 penerima bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya rakyat Malaysia bersama-sama mengulangi iltizam untuk terus mengeratkan perpaduan dan menghindari perpecahan.

“Sesungguhnya asas kekuatan sebuah negara adalah ikatan perpaduan serta semangat seia dan sekata dalam menjunjung prinsip Rukun Negara demi memastikan kedaulatan tanah tumpahnya darah ini terus terpelihara,” titah baginda.

Pada masa sama baginda menghargai komitmen kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan inisiatif berteraskan prinsip menjaga kebajikan, meringankan kos sara hidup dan menaikkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan.

Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik program pembangunan usahawan anak muda kota Wilayah Persekutuan misalnya, yang berjaya memberi impak dalam meningkatkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan pascapandemik Covid-19.

“Selain itu, bantuan kepada golongan miskin di 178 kawasan perumahan rendah dan sederhana di Kuala Lumpur telah membantu dalam meringankan kos hidup ditanggung golongan miskin bandar,” titah baginda.

Semasa menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Al-Sultan Abdullah turut menyambut baik komitmen menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah sejahtera dan mapan untuk didiami semua golongan menerusi agenda penyediaan perumahan mampu milik.

Seri Paduka bertitah inisiatif Residensi Prihatin Keluarga Malaysia dan Residensi Wilayah Keluarga Malaysia merupakan antara inisiatif bakal membantu warga Wilayah Persekutuan dan golongan B40 dan M40 memiliki rumah sendiri yang selesa dan berkualiti.

Berita berkaitan
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Agong titah kerajaan harmonikan keadaan
June 5, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok