Ambil nasi ganja naik heli: Polis buka kertas siasatan langgar SOP

July 23, 2021 · Isu semasa

Polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah helikopter dari Kuala Lumpur mendarat di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi tadi bagi mengambil tempahan nasi ganja.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, siasatan dijalankan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana larangan merentas daerah dan negeri.

“Kertas siasatan dibuka berkenaan isu ini berdasarkan kesalahan melanggar SOP merentas daerah dan negeri terhadap individu dan syarikat berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB 2020) Akta 342,” katanya pada Jumaat.

Kehadiran sebuah helikopter dinaiki dua lelaki yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur dipercayai milik syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai sebaik mendarat di Padang Ipoh, Perak.

Helikopter tersebut dikesan mendarat di padang itu untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja dari sebuah kedai nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

“Setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya sudah menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak CAAM untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, pemilik perniagaan nasi ganja yang enggan namanya disiarkan mengesahkan dia menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.

Pada awalnya dia meragui sama ada tempahan itu benar atau gurauan kerana diberitahu pesanan akan diambil menggunakan helikopter.

“Saya agak ragu-ragu juga kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.

“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah yang pernah saya terima tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok