Aktiviti pembalakan dihentikan sementara Jabatan Perhutanan Pahang

January 4, 2022 · Isu semasa

Aktiviti pembalakan diarah dihentikan sementara Jabatan Perhutanan Pahang sehingga ke suatu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Notis pemberhentian itu dibuat menerusi sepucuk surat yang dilaporkan dilihat oleh portal Malaysiakini walaupun pada awalnya kerajaan negeri bersungguh-sungguh menafikan wujud aktiviti pembalakan yang dijalankan di beberapa daerah dalam negeri itu yang dilanda bencana banjir besar baru-baru ini.

Surat itu memberi arahan “Arahan penangguhan sementara aktiviti pengusahasilan hutan dan pengangkutan kayu balak semasa musim tengkujuh dan bencana banjir tahun 2022.”

Ia dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Pahang Mohd Hizamri Mohd Yasin semalam.

“Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Negeri Pahang bermula 3 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Justeru itu, pihak tuan adalah dipohon untuk mengambil tindakan segera bagi penangguhan sementara ini bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usahasil dan keselamatan pekerja.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada pemegang lesen yang melanggar arahan ini dan boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan Aka Perhutanan Negara 1984,” kata surat itu lagi.

Malaysiakini melaporkan Hizamri mengesahkan sudah mengeluarkan arahan itu.

Menurut Hizamri, surat itu merupakan pekeliling dalaman yang dikeluarkan kepada pegawai perhutanan Pahang.

Pahang mengalami banjir di banyak lokasi di negeri ini berikutan musim tengkujuh.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang kelihatan sangat teruk tahun ini menyebabkan ramai pihak menyalahkan pembalakan sebagai punca utama.

Ini terutamanya selepas sejumlah besar serpihan kayu ditemui di kawasan Telemong, yang sesetengah pihak mendakwa mungkin hasil daripada aktiviti pembalakan.

Jabatan itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, menjelaskan serpihan berpunca daripada kejadian kepala air di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul pada 18 Dis.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok