Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi

June 6, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melupakan agenda reformasi yang dibawanya sejak sekian lama apabila kerajaan seakan cuba melewat-lewatkan penguatkuasaan Akta Pendanaan Politik dengan alasan birokrasi.

Sedangkan kata Datuk Wan Saiful Wan Jan, rang undang-undang (RUU) tersebut antara yang paling mudah untuk dibawa ke Dewan Rakyat kerana draf dan kajian mengenainya telah sedia ada serta dijalankan.

“Kerajaan memaklumkan perlu masa untuk libat urus dengan semua parti kerana kini kita ada gabungan baru. Tetapi parti yang membentuk gabungan baru adalah parti lama dan libat urus telahpun dijalankan dengan semua parti.

“Kenapa pula pembentukan gabungan baru oleh parti-parti lama dijadikan ‘excuse’ untuk melewatkan akta ini? Libat urus dah pun dijalankan,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi tekanan lebih kuat kepada kerajaan supaya segera bertindak bagi menguatkuasakan akta tersebut..

Kata Wan Saiful, tanpa tekanan berterusan Anwar akan terus terlupa tentang janji-janjinya itu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok