Adun Selangor desak MB turunkan caj RM350 suntik vaksin

July 11, 2021 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha mendesak Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menurunkan caj berlipat kali ganda yang dikenakan kepada pihak yang menyertai Program Vaksin SelVax.

Katanya caj RM350 yang dikenakan melalui program dikelolakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terlalu tinggi dan akan membantutkan usaha mencapai imuniti kelompok di Selangor.

Beliau berkata Selangor mencatat kes baharu Covid-19 tertinggi pada 9 Julai lalu iaitu 4,400 kes sedangkan kerajaan negeri telah melancarkan provram berkenaan.

“Saya terpanggil untuk mendapatkan penjelasan Kerajaan Negeri Selangor atas aduan syarikat-syarikat serta kilang-kilang, berkaitan program vaksin Kerajaan Selangor kepada warga industri.

“Program tersebut yang menyasarkan sekurang-kurang satu juta pekerja industri, akan dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri, mengenakan bayaran RM350 ke atas majikan untuk dua dos vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membandingkan program PIKAS anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang hanya mengenakan caj sebanyak RM45 bagi setiap pekerja.

Haniza berkata jika kerajaan Selangor terus mengenakan caj suntikan lapan kali ganda daripada PIKAS, usaha untuk mencapai imuniti kelompok di negeri itu akan terbantut.

“Tindakan itu jelas membebankan pihak majikan yang perlu mengeluarkan kos suntikan bagi pekerja masing-masing. Dalam situasi pandemik yang mencabar ini, adalah tidak wajar mana-mana pihak mengambil kesempatan dan meraih keuntungan berlipatganda daripadanya.

“Saya menyeru supaya YAB Menteri Besar menyemak semula serta menurunkan caj yang dikenakan ke atas warga industri agar lebih ramai warga industri dapat disuntik dan segera mencapai sasaran,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok