Adik Najib, Tong Kooi Ong dan Hadi Awang bergelar Tan Sri

November 13, 2021 · Isu semasa

Dua individu yang mendedahkan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, masing-masing menerima darjah kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Kedua-duanya, Pengerusi Ikhlas Capital, Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Eksekutif The Edge Media, Datuk Tong Kooi Ong, menerima anugerah itu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Nazir yang juga adik kepada pemain utama 1MDB yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2015 lalu bersama Tong telah bertemu Dr Mahathir di London untuk menceritakan dan berbincang isu 1MDB.

Beliau dalam buku memoir ‘What’s in a Name’ pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan abangnya.

Malah Nazir mengakui beliau dan Tong bertemu Dr Mahathir menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.

“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.

Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.

Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.

“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.

“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.

Memoir Nazir turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui ada membaca buku itu dan ternyata isu tersebut membawa malapetaka kepada negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pengakuan Nazir membuktikan perjuangan sebelum ini menentang salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan 1MDB sehingga menyebabkan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2015 terbukti benar sekarang.

“Tetapi sejarah saya ni agak luar biasa ini bukan pertama kali kalau saudara masih ingat 2015 waktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan waktu itu tercetus apa yang disebutkan skandal 1MDB.

“Hari ni jelas terbukti kerana masalah ni sekarang ni berada di mahkamah. Tapi saya tak nak sentuh, nanti dikatakan contempt of court (menghina mahkamah),” katanya.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan PSM kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021.

Dua tokoh itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok