99.0 peratus individu dewasa terima dos pertama

January 16, 2022 · Isu semasa

Seramai 23,182,938 atau 99.0 peratus daripada individu dewasa di negara ini menerima sekurang-kurang dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal sehingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut laman sesawang KKM, Covidnow yang di kemas kini pagi tadi, seramai 22,902,459 individu dewasa lagi atau 97.8 peratus telah lengkap divaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Sementara itu, sejak 13 Oktober lalu, seramai 9,212,282 atau 39.4 peratus daripada individu yang layak telah menerima suntikan dos penggalak.

Bagi program imunisasi membabitkan remaja pula, sejak dilancarkan pada 8 September tahun lalu hingga semalam, lebih 5.63 juta golongan itu telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah itu seramai 2,861,246 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 2,773,263 atau 88.1 peratus lagi melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Secara keseluruhannya sehingga semalam, 25,675,722 atau 78.6 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 26,044,184 atau 79.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan Covid-19 dan kemasukan ke hospital berkurangan dengan amat ketara susulan kejayaan PICK, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Beliau berkata hasil daripada usaha jitu semua pihak, selain pelaksanaan PICK sejak 24 Februari 2021 lalu, garis lengkung atau keluk pandemik Covid-19 di negara ini juga telah berjaya dilandaikan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok