91,782 peneroka tandatangan pelarasan pinjaman diumum Muhyiddin

August 20, 2021 · Isu semasa

Pengumuman pelarasan pinjaman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mendapat sambutan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) apabila seramai 91,782 iaitu hampir 82 peratus sudah menandatangani perjanjian sejak inisiatif itu diumumkan pada Julai.

Felda dalam kenyataannya hari ini berkata perkembangan itu menunjukkan penerimaan yang cukup baik daripada peneroka dan menjangkakan ia akan terus meningkat selepas beberapa insentif tambahan diumumkan, selain tempoh penerimaan tawaran turut dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Menurut kenyataan itu, surat tawaran bagi insentif kos tanam semula turut akan dikeluarkan kepada peneroka yang layak dalam masa terdekat.

“Peneroka dalam kategori ini adalah mereka yang tidak mempunyai pinjaman atau mempunyai hutang kurang RM5,000 dan Felda akan menanggung kos tanam semula (mereka) selepas ditolak caruman tanam semula oleh peneroka, tertakluk pada jumlah maksimum RM43,200 (bagi keluasan ladang 10 ekar atau 4.04 hektar).

“Peneroka yang tidak bersama Felda juga ditawarkan 50 peratus daripada jumlah insentif ini iaitu sebanyak RM21,600,” menurut kenyataan itu lapor Bernama.

Menurut Felda pelarasan pinjaman itu adalah jalan terbaik kepada peneroka kerana jumlah bayaran pinjaman kebun yang ditawarkan jauh lebih rendah dan mampu dibayar.

Pelarasan pinjaman tersebut juga adalah bagi mengukuhkan konsep kebersamaan antara peneroka dan Felda, justeru, syarat penerimaan yang ditetapkan adalah peneroka harus menyerahkan pengurusan kebun kepada Felda dan menghantar hasil melalui Felda.

“Felda menjamin jumlah pinjaman peneroka adalah jumlah yang telah diaudit secara profesional, merangkumi semua pinjaman lama yang tidak pernah dimuktamadkan dan tidak sepatutnya menimbulkan sebarang keraguan.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang isu dan maklumat tambahan, peneroka masih boleh merujuk kepada pengurusan rancangan masing-masing untuk semakan semula,” menurut kenyataan itu.

Menurut Felda bagi meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti ladang, inisiatif pelarasan tersebut akan disokong dengan usaha intensif lain termasuk menerusi amalan pertanian pintar seperti sistem ‘Smart Plantation Management Solution’.

Sistem itu yang mula dilaksanakan di ladang-ladang Felda dijangka dapat menjimatkan kos baja sehingga RM43 juta setahun, sekali gus membolehkan peneroka meningkatkan pendapatan dan melunaskan semua pinjaman sehingga pusingan tanam semula berikutnya.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Kalau UMNO menang di kawasan PN baharu hebat, kata Sanusi
October 11, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok