Kalau UMNO menang di kawasan PN baharu hebat, kata Sanusi

October 11, 2023 · Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyindir UMNO yang dilihat terlalu bergembira dan berbangga dengan kemenangan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak perlu mendabik dada kerana mereka hanya menang di kawasan yang sememangnya kubu kuat mereka dan bukan menang dengan merampas kerusi pihak lawan.

“Nak bagi sedap hati mereka saja, tak lebih daripada itu. Kawasan yang kita bertanding ini pun memang dimenangi mereka dalam pilihan raya lepas dan di negeri serta kubu dikuasai mereka

“Kalau BN menang di kerusi PN, barulah dikira BN hebat tetapi kami tewas di kawasan yang memang dimiliki mereka sebelum ini. Jadi, itu bukanlah sesuatu yang luar biasa,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sanusi juga berkata keputusan PRK baru-baru ini juga membuktikan semua kawasan peneroka FELDA tidak boleh lagi dianggap sebagi deposit tetap UMNO-BN.

“Kita sudah sampai satu tahap di mana orang FELDA ini telah bebas untuk buat pendirian politik masing-masing bersandarkan kefahaman, ilmu serta perkembangan semasa. Semua akan lari daripada BN kerana mereka sudah tak boleh diugut kononnya disebabkan ada hutang, kena sokong parti tertentu.

“FELDA bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan sebab itulah di Kedah, PN menang di semua kerusi Felda.

“Kemenangan ini akan merebak ke Pahang, Perak, Johor dan tempat-tempat lain kerana peneroka kebanyakannya orang Melayu kini sedar mereka perlu bersama PN demi memastikan kestabilan politik negara,” katanya lagi.

Sanusi juga menjawab dakwaan Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin kononnya kekalahan PN di DUN Pelangai didorong oleh keceluparan beliau.

“Cakap perkara betul dengan suara yang deras (kuat) bukan bermaksud saya celupar. Celupar maknanya bercakap perkara yang tak betul, suara saja deras tetapi mulut lagi laju dari otak.

“Kalau ada asas, bukti, analisis tepat dan justifikasi yang betul, itu bukan celupar. Dakwaan sedemikian hanya satu bentuk tohmahan terhadap saya sedangkan saya ada bukti untuk segala-galanya,” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi memaklumkan, beliau bersama barisan exco akan menyertai himpunan solidariti bagi menyokong Palestin bersama orang ramai di Dataran Zero, Sungai Petani, setelah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Muzaffar Shah.

“Pada masa itu juga kita akan lancarkan tabung kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin. Akan ada jalinan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dapat memastikan segala bantuan, sampai kepada mereka yang memerlukan di Palestin,” katanya.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok