9 bekas Menteri Pertahanan, siapa bertanggungjawab dalam skandal LCS? soal Kit Siang

August 15, 2022 · Isu semasa

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mahu tahu siapa daripada sembila bekas Menteri Pertahanan bertanggungjawab dalam skandal skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang gagal disiapkan sehingga hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata sejak 1990, terdapat sembilan Menteri Pertahanan dan dua daripadanya menyandang jawatan itu sebanyak dua kali semasa pembinaan projek kapal tidak siap itu diluluskan.

“Yang manakah daripada sembilan menteri pertahanan Malaysia sejak tahun 1990 ini yang bertanggungjawab ke atas skandal mega perolehan ketenteraan LCS yang melibatkan RM9 bilion?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang turut meletak senarai nama bekas Menteri Pertahanan bermula dengan Datuk Seri Najib Razak pada 1990 sehingga sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berhubung skandal LCS itu, Kit Siang menggesa Hishammuddin supaya mencari jalan terbaik bagi memastikan ia tidak berakhir dengan wang negara sekali lagi hangus seperti yang berlaku dalam skandal terdahulu sebelum ini.

“Hishamuddin masih belum mendedahkan apa yang dilakukannya sebagai menteri pertahanan sehingga Mei 2018 untuk memastikan proses perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan tidak berakhir sebagai satu bencana dan skandal kewangan.

“Namun dia mempunyai peluang sekali lagi sebagai Menteri Pertahanan (kini) untuk memperbetulkan kesilapan lampau untuk memastikan Malaysia akan menerima penghantaran keenam-enam LCS memandangkan tidak ada satu pun LCS yang siap walaupun pembayar cukai membayar sejumlah RM6 billion,” katanya.

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) sebelum ini mendedahkan sebanyak RM6 bilion sudah dibayar bagi membiayai projek LCS, bagaimanapun tidak ada satu kapal pun yang berjaya disiapkan sehingga hari ini.

Turut dibangkitkan PAC, berhubung RM400 juta yang digunakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membayar hutang lama dan bukan digunakan untuk tujuan membina LCS.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Zahid bagaimanapuns sebelum ini menafikan ketika projek itu diluluskan beliau adalah Menteri Pertahanan sebelum ini.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

 

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
8 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu· Politik
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok