70% penjawat awam, swasta di Kelantan kerja di rumah mulai Ahad

May 7, 2021 · Isu semasa

Tujuh puluh peratus daripada kakitangan kerajaan dan swasta di Kelantan diarah bekerja di rumah, sementara selebihnya dibenar bertugas seperti biasa di pejabat mulai Ahad ini.

Ahli EXCO negeri Dr Izani Husin berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kerajaan negeri untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi mengekang penularan Covid-19 di tempat kerja.

“Yang bekerja dari rumah perlu memastikan mereka berada di rumah dan bukannya keluar ke tempat awam,” katanya di Kota Bharu, semalam. Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Izani berkata, keputusan itu dibuat berikutan kes jangkitan Covid-19 setiap hari semakin tinggi iaitu antara 400 hingga 500 kes.

Pada masa sama, beliau mengingatkan rakyat supaya menjaga SOP ketika berniaga atau membeli makanan gerai tepi jalan.

“Penjarakan gerai di tepi jalan perlu ada sekurang-kurangnya tiga meter. Kerajaan akan menjalankan penguatkuasaan di gerai tepi jalan bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menafikan kerajaan negeri memohon untuk mengadakan ‘lockdown’ seperti yang ditularkan di media sosial dan media massa.

Semalam Kelantan mencatatkan 326 kes harian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 16,177 kes.

Katanya, kadar kebolehjangkitan (Rt) di Kelantan adalah sama dengan Rt Nasional iaitu 1.09.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok