7 jam tangan dituntut Najib, Rosmah pula gelang berlian RM1 juta

May 25, 2022 · Isu semasa

Jam tangan dan gelang berlian antara yang dituntut balik Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam saman pelucuthakan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang difailkan kerajaan.

Tuntutan itu difailkan semasa semasa pengurusan kes tindakan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings Sdn Bhd hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor portal Malaysiakini yang memetik Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam bekas Perdana Menteri itu.

Tujuh utas jam tangan yang tidak diketahui jenama dan nilainya dituntut Najib, sementara gelang berlian dituntut Rosmah bernilai RM1 juta.

Gelang dan jam tangan yang disimpan di bilik kebal Bank Negara itu adalah antara barang disita polis dari premis milik Obyu di kondominium Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan skandal 1MDB.

Obyu adalah defendan tunggal dalam saman lucut hak utama berkaitan 1MDB. Bagaimanapun, Najib, Rosmah dan tukang emas Lubnan, Global Royalty Trading SAL menjadi pihak ketiga.

Untuk rekod, Najib dan UMNO sebelum ini dipulangkan wang berjumlah RM114 juta pada Ogos tahun lalu susulan pendakwaan gagal melucut hak wang tersebut dalam saman yang difailkannya sebelum ini.

Semasa prosiding mahkamah terbuka di hadapan hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini, Shafee berkata bahawa tuntutan pihak ketiga Najib itu adalah hanya pada tujuh jam tangan (tidak jelas jenama atau harganya).

Peguam itu telah memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan berasingan diadakan berhubung tuntutan Najib ke atas jam tangan itu.

Sementara itu, peguam Rosmah, Azamuddin Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa tuntutan pihak ketiganya adalah untuk mendapatkan gelang tersebut.

“Setakat hari ini, Rosmah masih memohon barangan yang turut menjadi subjek tuntutan (pihak ketiga) oleh Global Royalty Trading.

“Gambar (barang kemas) itu akan diterima hari ini,” kata Azamuddin, sambil menambah bahawa mereka juga memerlukan masa untuk mendapatkan arahan pengesahan daripada Rosmah berhubung tuntutan pihak ketiga.

Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas bagi memudahkan tuntutannya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok