66.4 peratus terima dos penggalak, ramai tak dapat solat Tarawih

March 28, 2022 · Isu semasa

Seramai 16,814 individu dewasa lagi menerima suntikan dos penggalak masing-masing semalam (27 Mac 2022), ketika tempoh akhir sebelum status MySejahtera menjadi tidak lengkap mulai 1 April ini, jika tidak mengambil dos ketiga itu.

Setakat ini, banyak 66.4 peratus atau 15,632,112 individu dewasa telah menerima dos penggalak sejak program itu dilancarkan 1 Oktober tahun lalu.

Kegagalan mengambil dos penggalak bukan sahaja menyebabkan status MySejahtera kembali menjadi ‘tidak lengkap’, malah umat Islam juga tidak dapat menunaikan solat di masjid, surau atau musolla, terutama solat Tarawih pada bulan puasa yang akan tiba beberapa hari lagi.

Ini kerana semua masjid dan surau mensyaratkan hanya individu yang telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 (tiga dos) sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla, tetapi tanpa dos penggalak, MySejahtera mereka menjadi tidak lengkap.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam, seramai 22,948,963 atau 97.5 peratus individu dewasa telah lengkap divaksinasi dengan vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sejumlah 23,225,157 atau 98.7 peratus lagi individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 8 September tahun lalu hingga semalam, seramai 2,848,821 atau 91.6 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,946,103 atau 94.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala sejak 3 Februari lalu pula seramai 1,312,205 atau 37.0 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima dos pertama vaksin Covid-19. Sehingga kini belum ada kanak-kanak yang menerima dos kedua.

Keseluruhannya, sebanyak 68,701,958 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu seramai 25,797,784 atau 79.0 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 27,483,465 atau 84.2 peratus populasi Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok