60,000 kemuka rayuan haji 2022

May 25, 2022 · Isu semasa

Seramai 60,000 individu mengemukakan rayuan bagi melaksanakan ibadah haji musim 2022, berbanding kuota yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia sebanyak 14,306 tempat.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata individu yang terpilih dalam rayuan itu akan mengisi 1,000 tempat kosong susulan ada jemaah yang menolak panggilan.

“Bagi kekosongan, pemilihan didahulukan untuk rayuan mahram dan mereka yang dalam giliran untuk panggilan seterusnya,” katanya pada sidang media Operasi Haji Musim 1443H/2022M di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini dilaporkan lebih 1,000 bakal jemaah haji Malaysia yang menerima tawaran mengerjakan ibadah itu bagi musim 2022, terpaksa menolak panggilan disebabkan pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan.

Kuota haji Malaysia bagi musim 2022 adalah 14,306 iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan peratusan sama terpakai kepada semua negara.

Tabung Haji akan memberikan maklumat mengenai butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas secara berperingkat mulai pada minggu depan dan penerbangan pertama pada 4 Jun manakala terakhir dijangka pada 2 Julai.

Katanya, jadual itu diperoleh selepas negara ini mendapat kelulusan penerbangan daripada Suruhanjaya Penerbangan Arab Saudi (GACA).

“Malaysia Airlines Berhad dan Saudia Airlines ditugaskan membawa semua 14,306 bakal jemaah menerusi kuota masing-masing sebanyak 50 peratus,” katanya.

Syed Saleh juga memaklumkan bakal jemaah yang dijadualkan menaiki penerbangan awal menunaikan ibadah haji tetapi positif Covid-19, masih berpeluang untuk ke Tanah Suci jika ada kekosongan penerbangan seterusnya.

Langkah itu katanya akan diambil sekiranya mereka positif ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang wajib dijalani dalam tempoh 48 jam sebelum melapor diri di stesen berlepas.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan inisiatif prapelepasan, Makkah Route yang diperkenalkan secara perintis pada 2017 dan diteruskan hingga 2019.

“Ia sekali gus memudahkan proses prapelepasan meliputi pemeriksaan Jabatan Imigresen dan Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Semua proses ini akan dilakukan di Balai Berlepas KLIA. Sebaik saja tiba di Madinah atau Jeddah, jemaah tidak perlu lagi melalui proses ini, sebaliknya boleh menaiki bas ke hotel penginapan masing-masing.

“Agensi di Arab Saudi akan menguruskan dan membawa beg mereka ke hotel. Proses ini tidak akan mengambil masa lama, iaitu antara 30 minit hingga sejam saja berbanding empat hingga 10 jam sebelum ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, bakal jemaah perlu melapor diri enam jam sebelum penerbangan, dengan waris hanya dibenar untuk menurunkan (drop-off) mereka dan dilarang menunggu di stesen berlepas.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok