5,194 pesakit sembuh, 87,841 kes masih aktif

July 11, 2021 · Isu semasa

Sembilan puluh satu pesakit Covid-19, termasuk lima bukan rakyat Malaysia, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif sebanyak 742,297 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian di Selangor turun kepada 34 kes berbanding 50 pesakit semalam, manakala jumlah yang meninggal dunia di Kuala Lumpur meningkat kepada 21 kes, Negeri Sembilan (12), dan Melaka (lapan).

Semalam negara melaporkan 87 kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, berbanding 77 pada Jumaat. Jumlah tertinggi kematian harian setakat ini adalah sebanyak 135 pesakit yang dilaporkan pada Khamis, 8 Julai 2021.

“Dalam tempoh sama sebanyak 5,194 pesakit sembuh menjadikan 742,297 kes kumulatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan 9,105 kes baharu yang turut membabitkan 18 kes import dikesan dalam tempoh itu. Daripada 9,087 kes tempatan, 1,649 membabitkan bukan warganegara.

“Sebanyak 87,841 kes aktif dengan 961 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dan 455 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata 19 lagi kluster baharu dikesan dengan 13 daripadanya membabitkan kluster tempat kerja, lima jangkitan dalam komuniti dan satu (kumpulan berisiko tinggi).

Tiga kluster baharu tempat kerja masing-masing dikesan di Selangor dan Johor; masing-masing dua Kuala Lumpur dan Kelantan dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Sabah, dan Perak.

Kuala Lumpur juga merekod tiga kluster komuniti dengan Batu Muda di Kepong merekodkan jumlah tertinggi iaitu 197 jangkitan. Satu kluster kumpulan berisiko tinggi juga dilaporkan di Kuala Lumpur.

Perak dan Johor turut merekodkan satu kluster Komuniti.

Dr Noor Hisham juga berkata sehingga 10 Julai lalu nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.13 dengan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.20.

Negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.18), Selangor (nilai RT 1.17), Melaka (nilai RT 1.17), Kedah (nilai RT 1.14), Perak (nilai RT 1.11), Pahang (nilai RT 1.09), Sabah (nilai RT 1.08), Terengganu (nilai RT 1.08), Negeri Sembilan (nilai RT 1.02), Pulau Pinang (nilai RT 1.00) dan Johor (nilai RT 1.00).

Data 11 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok