5,000 sukarelawan, 1,190 petugas kesihatan ditambah di tiga negeri

July 13, 2021 · Isu semasa

Kira-kira 1,190 petugas kesihatan dan 5,000 sukarelawan perubatan akan ditambah di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dalam menangani penularan Covid-19 di negeri berkenaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga turut menghantar 417 petugas kesihatan dari negeri lain ke tiga negeri terbabit susulan peningkatan kes Covid-19.

Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini adalah yang paling tinggi iaitu 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,521 kes) dan Negeri Sembilan (1,033 kes).

Bagi menambah baik pengurusan pesakit di hospital, beliau berkata, KKM menambah kapasiti katil di semua hospital di Lembah Klang iaitu daripada 3,412 unit kepada 3,777 di Selangor manakala daripada 795 unit kepada 1,129 di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, kerjasama dengan tiga hospital pengajar universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia bagi mengoptimumkan penggunaan katil di tiga hospital tersebut.

“(Ini) menjadikan keseluruhan katil bagi perawatan Covid-19 di Lembah Klang melebihi kapasiti 5,000 unit,” katanya pada sidang media khas pelan strategi Pengurusan Pandemik Covid-19 di Lembah Klang hari ini.

Dr Adham berkata KKM akan turut memperluas skop perkhidmatan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 sebagai Hospital Bersepadu MAEPS yang berfungsi sama seperti hospital kerajaan lain.

Beliau berkata PKRC MAEPS 2.0 akan memberi perawatan pemulihan kecemasan kes Covid-19 kategori 3 dan 4 dengan menambah kapasiti bekalan oksigen kepada lebih 1,500 pesakit.

“Selain itu, KKM akan menambah kapasiti rawatan kecemasan khususnya di Selangor dengan meningkatkan jumlah katil kecemasan daripada 486 kepada 591 katil.

“KKM turut menambah kapasiti perawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital daripada 280 katil kepada 349 di Selangor manakala bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya, daripada 90 kepada 117 katil,” katanya.

Dr Adham berkata buat masa ini, Selangor memiliki 6,391 bekalan oksigen dengan pencapaian penggunaan sebanyak 3,413 atau 53 peratus.

“Bagi meningkatkan kapasiti (bekalan) oksigen di PKRC MAEPS 2.0 yang dijadikan sebagai Hospital Bersepadu MAEPS dalam perawatan Covid-19, penambahan sebanyak 1,000 tangki oksigen serta 1,000 pemekat oksigen telah pun dilakukan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok