5.3 juta mohon pengeluaran khas KWSP berjumlah RM40.1 bilion

April 16, 2022 · Isu semasa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas, sejak dibuka 1 April lalu hingga 14 April 2022.

KWSP berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dengan pembayaran pertama bermula pada 20 April, 2022.

“Jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak (yang berpendapatan kurang daripada RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900) dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4, 900),” katanya sambil menambah sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga telah memohon.

KWSP berkata, mengikut kaum, Bumiputera Melayu merangkumi jumlah pemohon tertinggi sebanyak 63 peratus, diikuti Cina pada 12 peratus dan India pada 7 peratus manakala jumlah 17 peratus selebihnya terdiri daripada kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara, lapor Bernama.

“Berdasarkan maklum balas daripada ahli yang memohon kemudahan ini, tiga sebab utama permohonan termasuklah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).

“Manakala tujuan pengeluaran adalah untuk menampung perbelanjaan keperluan asas harian/ bulanan (40 peratus), membayar tunggakan hutang (26 peratus), menambah simpanan/ dana kecemasan (8 peratus) dan membantu ahli keluarga yang terjejas kewangan (7 peratus), dengan 19 peratus selebihnya adalah untuk tujuan lain seperti membayar pendidikan anak-anak, perbelanjaan lain, dan pelaburan,” katanya.

Dana pencen itu berkata ia telah mengambil setiap aspek keselamatan bagi mengelakkan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab atau scammer (penipu dalam talian) daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan ahli.

“KWSP ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan Pengeluaran Khas mereka di platform media sosial, dan berhati-hati apabila mengeluarkan wang mereka bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dan aktiviti scam (penipuan dalam talian).

“KWSP juga mengingatkan ahli untuk mempertimbangkan ketersediaan pendapatan jangka panjang mereka dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu, dan membelanjakan wang mereka dengan bijak serta untuk tujuan yang sesuai,” katanya.

Kemudahan Pengeluaran Khas itu akan ditutup pada 30 April, 2022

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok