4 kematian libatkan individu lengkap divaksin, kata Dr Noor Hisham

August 18, 2021 · Isu semasa

Kematian akibat Covid-19 melibatkan individu yang lengkap divaksin di negara setakat ini melibatkan empat orang, ia berdasarkan audit data terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan Twitter hari ini, katanya, keseluruhan 12,993 kematian direkodkan sejak penularan pandemik dilaporkan dalam negara dengan 80 kematian atau 0.6 peratus hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam tempoh lebih 24 jam sehingga tengah hari semalam, sebanyak lagi 293 kematian dicatatkan akibat Covid-19, menjadikan keseluruhan 13,077 kematian.

Sementara 16,468 pesakit lagi disahkan sembuh, menjadikan kumulatif kes sembuh kepada 1,179,046 daripada 1,444,270 pesakit positif.

Enam negeri mencatatkan peningkatan kes kematian iaitu Kuala Lumpur sebanyak 47 kes berbanding 39 kematian semalam; Johor 42 (31 kes semalam); Melaka 19 kes (16 kes semalam); Perak 19 kes (10 kes semalam); Pahang 21 kes (1 kes semalam); Negeri Sembilan 9 kes (5 kes semalam) dan Terengganu 5 kes (3 kes semalam).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sehingga kini Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 467 kes Covid-19 disebabkan varian Delta; 209 kes (varian Beta) dan 14 kes (varian Aplha).

IMR juga katanya, mengesan 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa, dan tiga kes varian Eta.

Menurutnya secara keseluruhan sehingga kini 252,147 kes Covid-19 masih aktif di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok